Monday, July 29, 2013

Resipi Cendol Ceria

Bahan-bahannya:
1 peket cendol
400ml santan
6 sudu besar gula merah (yang kurang manis)
1 biji gula melaka (satu inci)

hiasan:
pulut
jagung manis dalam tin
kacang
rumpai laut
dan lain-lain

Cara menyediakannya:
1. Panaskan santan

2. Bila nak dekat didih, masukkan gula merah

3. Kemudian masukkan gula melaka. Bila dah didih, sejukkan kuah dalam peti ais

4. Sediakan cendol dan bahan hiasan

5. Tuangkan santan yang telah kita masak tadi. Hmmm... best
SELAMAT MENCUBA

Kerang Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahannya:
1 1/2 kilo kerang
3 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
1 biji bawang besar (kisar/tumbuk)
2 biji bawang merah (kisar/tumbuk)
1 sudu serbuk kunyit atau i inci kunyit hidup
garam dan ajinomoto
3 batang serai dititik
5-10 tangkai cili api
400ml santan  (200ml santan pekat, 200ml air tapis)

Cara menyedakannya
1. Rebus kerang sampai terbukak cengkerangnya hehehe. Kemudian perisikan dia. Nak guna kerang ekspres pun boleh

2. Tumis serai, kunyit, bawang putih dan bawang merah. Percaya tak, tumis benda ni dengan air? bukan dengan minyak masak :)

3. Lepas itu tuangkan santan

4. Masukkan cili padi yang ditumbuk, garam dan ajinomoto

5. Nah lauk sudah siap dimasak
SELAMAT MENCUBA

Sayur Kangkung Masak Belacan

Bahan-bahannya:
1 ikat sayur kangkung atau apa-apa sayur pun boleh
1 inci belacan
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris halus
2 sudu minyak zaitun atau minyak sawit
5 batang cili api
ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Tumis bawang, cili dan belacan

2. Masukkan sayur dan tomato. Kacau dan perasakan dengan ajinomoto

3. Sudah siap
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 24, 2013

Resipi Nasi Ayam Mandi (Mandi Dajaj)

Resipi Nasi Ayam Mandi ini adalah nasi arab dalam bentuk ayam. Orang Arab kurang menjadikan ayam sebagai makanan ini tetapi penyediaannya tidak rumit. Ayam kampung lebih bagus kerana boleh masak lama. Tips nasi mandi ialah Rempah mandi. Bukan spesial apa pun, cuma bahan wajib kena ada:
1 inci halia,
1 sudu serbuk buah pelaga,
1 sudu serbuk cengkih,
1 sudu kecil serbuk buah pala,
1 helai daun salam (Bay Leave).

kalau tak ada benda lain, cuma ada rempah di atas pun, dah boleh jadi nasi mandi. Ok kita teruskan dengan resipi.

Bahan-bahannya:
4 gelas besar beras basmati
6 gelas air tapis
1 ketul kiub chicken stok
1/2 ekor ayam
2 batang kayu manis
10 batang cengkih
10 biji cili hitam
10 biji biji sawi
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 helai daun salam
sesudu jintan manis
10 biji buah pelaga
1 sudu kecil thyme herbs
1 sudu kecil oregano
3 batang cili hijau
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 sudu minyak sapi
beberapa titik zafaran (boleh ganti dengan pewarna kuning telur)

Bahan BBQ
3 sudu serbuk kari digaul bersama serbuk rempah 4 sekawan (3 biji buah pelaga, 6 biji lada hitam, 2 cm kayu manis dan 3 biji cengkih ditumbuk kesemuanya)

Bahan Salatah Hara
3 tangkai ketumbar
3 tangkai pudina
5 batang cili hijau
3 biji tomato

Bahan Salad
3 tangkai pudina
1 batang terung
2 biji tomato
3 tangkai cili hijau
2 sudu cuka kurma/epal
2 sudu Yogurt

Cara menyediakannya:
1. Himpunkan bahan herba, kayu manis, cengkih, cili hitam, biji sawi, jintan manis, serbuk buah pala, buah pelaga, daun salam, thymes, oregano dan bahagikan kepada dua bahagian

2. Bahagian pertama, direbus terlebih dahulu hingga mendidih dengan 6 gelas air tapis

3. Kemudian masukkan ayam dan renehkan dalam 5 minit. Untuk menghasilkan stok ayam yang lebih kick, masukkan kiub chicken stok seketul. Kemudian angkat ayam dan keringkan ayam

4. Baki herba tadi pula ditambahkan dengan cili hijau, halia dan bawang

5. Dalam periuk nasi, masukkan minyak sapi

6. Tumiskan bahan herba tadi sampai naik bau dengan api yang kecil. Kita nak ekstrak dia betul-betul

7. Kemudian barulah masukkan air stok ayam bersama seketul ayam (saya bubuh kepak ayam dan leher ayam je)

8. Bila air dah didih, masukkan beras basmati. Kacau rata dan tutup periuk. Masak dalam 5 minit

9. Kemudian masukkan zaafaran. Yang pekat buat dua titik, yang cair buat 'X'. Tutup periuk sekejap

11. Buka periuk nasi dan gaulkan nasi. Masak dalam 10-15 minit bergantung jenis beras

12. Sementara itu, lumurkan ayam dengan 3 sudu serbuk kari digaul bersama serbuk rempah 4 sekawan. Tuangkan sesudu minyak zaitun dan tabur sedikit garam dan sesudu madu.

13. Panggang ayam, kita guna pemanggang ajaib je

12. Sediakan bahan salad dan potong dadu

13. Kemudian campurkan daun pudina, gaul sebati dengan cuka kurma/epal. dan kalau suka, dengan yogurt atau mayonis

13. Ini pula bahan salata hara

14. Hanya kisar dengan blender je

15. Dah siap nasi kita. Yang udang seketul tu resepi lain ye, kurma pun hiasan je tu, al-maklumlah bulan puasa.
SELAMAT MENCUBA

Resipi Sayur Campur Belacan

Bahan-bahannya:
1 inci belacan
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sayuran campur
kicap manis
ajinomoto

Cara Menyediakannya
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris bersama belacan yang dihancurkan

2. Apabila bau sudah mengancam nyawa, maka masukkan sayuran campur. Kalau suka basah, masukkan setengah cawan air tapis

3. Masukkan lebih kurang 3 sudu kicap atau secukup rasa

4. Sayur siap untuk dimakan bersama nasi
SELAMAT MENCUBA

Resepi Ikan Masak Masam Manis Buah Salak Jeruk

Ini macam masak 3 rasa juga cuma bezanya Ikan Masak Masam Manis INI DICAMPUR Buah Salak Jeruk.

Bahan-bahannya:
3-4 ekor Ikan (ikut sukalah ikan apa pun)
3 sudu kunyit
2 sudu tepung jagung
1 inci halia
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
seketul nisse (gula melaka)
semangkuk nenas dipotong dadu
3 biji tomato dipotong dadu
dua biji jeruk salak dipotong dadu
3 tangkai daun ketumbar (termasuk akarnya)
1/3 cawan air asam jawa
1/2 cawan air jeruk salak
2 sudu soso cili
2 sudu sos tomato
2 sudu kicap manis
2 sudu minyak bijan
3 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara Menyediakannya:
1. Taburkan garam ke atas ikan

2. Masukkan serbuk kunyit, sesudu minyak bijan dan tepung jagung. Gaulkan ikan dan perap dalam 5 minit

3. Kemudian goreng ikan

4. Sediakan bahan-bahan berikut

5. Bahan sos dicampur dalam mangkuk 

6. Bahan sos juga dicampur seusud minyak bijan

7. Tumis bawang, halia, cili api dan kunyit

8. Masukkan sos dan seketul gula melaka. Kacau...

9. Masukkan pula air jeruk dan asam jawa. Kalau tak ada air jeruk, boleh ganti cuka buatan atau cuka buah atau cuka beras

10. Masukkan daun ketumbar, tomato dan jeruk buah salak.

11. Kemudian akhir sekali, masukkan pula nenas. Perasakan dengan ajinomoto dan garam jika kurang kick

12. Inilah hasilnya.. Puas makan...
SELAMAT MENCUBA

Puding Custard Susu

Puding kastad resepi dari mak long saya di Johor. Salah satu favourite dia, kini di blog ceria resipi.

Bahan-bahannya:
1/2 cawan tepung kastad
2 cawan susu UHT atau susu tepung yang dilarutkan air
1/2 cawan susu pekat dilarutkan dengan 2 cawan air
2 sudu jagung manis (pilihan)

Bahan Kuahnya
1 tin susu cair
1 cawan air tapis
cocktail buahan (ditoskan airnya)
2 sudu gula pasir
vanilla

Cara membuatnya:
1. Masukkan 1/2 cawan tepung kastad

2. Kemudian masukkan 1 cawan susu UHT. Kacau dan larutkan betul-betul sampai hilang ketulan

3. Masukkan adunan kastad tadi ke dalam kuali/pan. Kalau boleh yang tidak melekat (non-stick)

4. Tuangkan baki susu dan Kacau rata pusing ikut lawan jam

5. Akhir sekali masukkan 3 sudu jagung manis

6. Basahkan cup dan tuang adunan dalam cup, biarkan sejuk dalam setengah jam kemudian baru masuk peti ais tau.

7. Untuk kuahnya, tuangkan setin susu cair (400ml) dan 1 cawan air tapis ke dalam kuali/pan. Masak dengan api kecil

8. Tuang setitik vanila dan gula

9. Masukkan cocktail buahan. Kita guna buah nenas, anggur dan jagung je. Sejukkan adunan susu di dalam peti ais.

10. Dah siap. Hidangkan semasa sejuk ya
SELAMAT MENCUBA

Resipi masakan singgah di sini selalu ya