Thursday, August 1, 2013

Resepi Sup Ikan Ceria

Bahan-bahannya:
6 tangkai cili api
2 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
daun sup, daun bawang
1 inci halia
1 cawan air
ikan (ikut apa ikan pun boleh)
1 biji tomato dipotong dadu
sos ikan atau sos budu pun boleh
kalau suka, daun kesing (daun ketumbar) pun boleh bubuh
kalau suka, sesudu cuka buah
garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Hiris semua bahan di atas

2. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun

3. Kemudian masukkan cili api

4. Masukkan segelas air

5. Masukkan serai

6. sesudu sos ikan

7. Biarkan didih. Dah didih bubuh daun sup dan daun bawang. Kalau suka, boleh masukkan daun ketumbar

8. Masukkan halia

9. Kemudian barulah ikan. Biarkan didih lagi sekali. Dah didih baru letak tomato, kalau suka masukkan cuka buah. Perasakan dengan garam dan ajinomoto secukup rasa

10. Sup ikan siap dijamu
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya