Tuesday, July 16, 2013

Resipi Avokado Susu

Buah avokado sejenis tumbuhan tropika yang buahnya berbentuk bulat lonjong, berkulit hijau atau kehitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yang tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan bersama susu atau dibuat jus ditambahi susu.

Bahan-bahan:
Beberapa biji buah Avokado
Susu secukup rasa

Cara membuatnya

1. Basuh bersih buah avokado. Kemudian belah dua

2. Cungkil bijinya dengan sudu 

3. Kemudian cungkil isinya. Kalau nak comel, guna skop ais krim.

4. Kaut semua isinya hingga tinggal kulit sahaja

5. Tuangkan susu secukup rasa

6. Avokado susu siap dimakan. Best!!!

1 comment:

  1. belum pernah makan buah avocado fresh2 macam ni...apa rasanya yer?

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya