Monday, August 5, 2013

Resipi Kailan Ikan Masin Ceria

Juadah berbuka puasa hari ini ialah Kailan Ikan Masin Ceria. Batang sayur kailan jangan dibuang, dan jangan digoreng bersama sayur. Langkah-langkah nak goreng sayur ini seperti berikut.
Bahan-bahannya:
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji bawang merah
1 tangkai cili merah
3-4 hiris ikan masin
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air panas
2 ikan sayur kailan
1 sudu ajinomoto

Cara membuatnya:
1. Hiris ikan masin, cili dan bawang

2. Goreng sekejap ikan masing dalam kuali sampai baunya memenuhi ruang dapur

3. Kemudian masukkan bawang dan cili yang dihiris tadi, tumislah sampai bawang kekuningan

4. Masukkan sos tiram

5. Kemudian campak semua batang sayur kailan.

6. Tuangkan 1/2 gelas air panas. Goreng sampai air kering.

7. Kemudian barulah masukkan sayur kailan. Goreng sampai sayur jadi layu

8. Sayur kailan siap digoreng, yum yum
SELAMAT MENCUBA

Resipi Ikan Berlada Ceria

Bahan-bahannya
1 kg ikan
2 sudu serbuk kunyit
10 batang cili kering
1/2 cawan air panas
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 biji cili api
3 biji cili hijau
3 biji cili merah
2 keping asam keping
2 sudu gula
1/2 sudu ajinomoto

Cara membuatnya:
1. Peram sekejap ikan dengan sesudu serbuk kunyit dan sesudu garam

2. Kemudian goreng, jangan sampai garing sangat

3. Sediakan cili kering, rendam dengan air panas dalam 5 minit je

6. Hiris kecil cili, bawang putih dan bawang besar

2. Masukkan cili, bawang putih, bawang besar, cili kering dan sesudu garam. Air cili kering dibuang

3. Kemudian sesudu serbuk kunyit

4. Masukkan dalm 50ml air dan kisar separuh lumat

5. Sediakan 50ml air panas dan rendamkan sekejap dua keping asam keping

6. Tumis bahan yang dikisar tadi sampai naik bau

7. Masukkan dua sudu gula dan asam keping yang direndam tadi. Perasakan dengan ajinomoto. Tumis sampai naik minyak

8. Tuang ke atas ikan goreng

9. Ikan berlada siap untuk dijamah dengan nasi panas
SELAMAT MENCUBA

Saturday, August 3, 2013

Resipi Biskut Samprit Ceria

Biskut samprit biskut yang digemari warga veteran, tak lengkap raya tanpa samperit, jadi jom kita tinjau resipinya. Resipi ini menghasilkan kira-kira 40 biji biskut samperit atau lebih, mengikut kadar pam anda

Bahan-bahannya:
100 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
100 gram tepung kastad
52 gram gula halus
150 gram marjerin/mentega/minyak kelapa sawit
1 biji telur ayam
setitik esen vanila
kismis, badam, ceri, kurma dan biji gajus untuk hiasan

Cara membuatnya:
1. Timbang semua tepung kepada 100 gram

2. Sediakan 52 gram gula halus

3. Dalam bekas berasingan, putarkan gula dan marjerin/butter yang dicairkan atau guna minyak masak. Kita guna minyak masak je. Putar dengan mixer dengan kelajuan nombor 2 selama 4 minit.

4. Masukkan telur dan ubah kelajuan mixer kepada nombor 5 selama 3 minit. 

5. Jangan lupa masukkan esen vanila

6. Dalam mangkuk berasingan, gaulkan 3 jenis tepung terlebih dahulu sehingga sebati.

7. Tuangkan adunan yang kita mix tadi

8. Uli doh sehingga sebati

9. Masukkan dalam pam dan terus samperitkan doh tadi ke atas loyang yang telah disapu mentega

10. Kalau pandai, satu loyang boleh muat 15-20 biji kuih samperit

11. Hiaskan dengan kacang, badam, ceri, kurma, kismis dan apa saja. Tekan dalam sikit

12. Bakar dalam oven dengan suhu 150'C selama 20 minit.
Mudahkan?? Biskut ini cair dimulut..
SELAMAT MENCUBA

Resipi Biskut Coklat Chips Ceria

Resipi Biskut Coklat Chips Ceria ini merupakan resipi dari negeri The Red Warrior dan sudah tentunya dengan rupanya yang agak hodoh ini, membuatkan ramai tidak terpikat kepadanya kecuali yang sudah tahu akan kelazatan cookies ini, pasti sukar dilepaskan. Tidak ada dijual di kedai, kena buat sendiri ya. Inilah resipinya bagi 50 biji cookies.

Bahan-bahannya:
200 gram mentega/marjerin
200 gram gula merah/perang
1 biji telur ayam
2 titik esen vanila
400 gram tepung gandum
4 gram serbuk penaik (dua sudu kecil)
1 sudu kecil garam
56 gram coklat chips
45 gram kismis
65 gram walnut

Cara membuatnya:
1. Sediakan mentega/marjerin dan cairkan guna kuali/pan.

2. Sediakan gula perang/gula merah. Boleh dapati di tesco, kalau nak gelap guna yang india

3. Masukkan marjerin/mentega yang telah dicairkan dalam bowl dan kacau dengan mixer. Masukkan gula merah/perang. Mix sampai sebati dengan kelajuan nombor 2 selama 5 minit.

4. Lajukan kelajuan kepada nombor 5 dan masukkan telur ayam sebiji.

5. Kemudian masukkan esen vanila. Tunggu mixer berputar selama 3 minit
  
6. Sediakan tepung gandum

7. Kemudian campurkan terus serbuk penaik ke dalam tepung gandum

8. Dalam bekas berasingan, masukkan garam.

9. Ayak teoung gandum tadi ke dalam bekas tersebut

10. Dengan penuh keyakinan, campurkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan yang kita putar tadi. Kacau dan gaul dengan apa sahaja kecuali tangan :)

11. Sediakan walnut yang telah dipotong kecil

12. Kemudian coklat chips

13. Kemudian kismis ruqyah, kalau mahal sangat kismis ruqyah, beli kismis murah lepas tu baca al-fatihah, ayat kursi dan 3 qul, tiuplah fuuuuhhhh...

14. Tuangkan walnut ke dalam doh

15. Kemudian tuangkan coklat chips

16. Kemudian tuangkan kismis. Gaul hingga rata dan sebati

17. Untuk membuat cookies sebanyak 50 biji, doh dibulatkan seberat 20 gram setiap satu.

18. Letak di tapak tangan dan penyekkan macam ini

19. Susun di loyang. Sementara itu panaskan ketuhar dengan suhu 190'C selama 10 minit. Bila ketuhar dah panas 10 minit, barulah masukkan loyang.

20. Baunya mengancam, rasanya unik dan menarik.. tidak dijual di kedai, tanpa pewarna dan pengawet.
Anak-anak suka, mertua pun suka, menantu pun suka, semua suka
SELAMAT MENCUBA

Resipi masakan singgah di sini selalu ya