Saturday, August 3, 2013

Resipi Biskut Kelapa Berkurma Ceria

Resipi ini dapat menghasilkan biskut sekitar 50 biji biskut kelapa berkurma ceria. Resipi ini datang dari pantai timur semenanjung Malaysia.

Bahan-bahannya:
100 gram marjerin/mentega
100 gram gula halus
setitik esen vanila
1 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk penaik
50 gram serbuk kelapa kering
200 gram tepung gandum
50 gram kismis+kurma dihiris kecil
1 biji telur kuning untuk olesan (ganti madu pun ok)

Cara membuatnya:
1. Sediakan marjerin/mentega

2. Sediakan gula halus

3. Pukul dengan mixer dalam 4 minit kelajuan nombor 2, kalau dengan tangan pun boleh tapi zaman canggih ni, guna mixer cepat. Ala, bukan mahal pun mixer, dalam 60 hinggit je yang 300watt

4. Bila doh dah memutih, masukkan esen vanila

5. Kemudian telur ayam sebiji

6. Kemudian sesudu serbuk penaik. Perlu ingat sifir, 200 gram tepung gandum bersamaan sesudu kecil serbuk penaik.

7. Sediakan tepung gandum 200 gram dan juga serbuk kelapa parut 50 gram dicampur sekali

8. Kemudian 50 gram buah kismis dan kurma (25 gram setiap jenis buah)

9. Masukkan dalam mixer bowl tadi dan putarkan lagi mixer sampai doh sebati.

10. Gentel dalam 12-14 gram setiap satu dan penyek macam ni. Jangan lupa panaskan ketuhar dalam 10 minit dengan suhu 190'C.

11. Minyakkan loyang dan susun 5 sebaris. Oleskan dengan kuning telur ke atasnya

12. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 190'C selama 20 minit.
Hmm.. sedap baunya. Rasa pun best, sesuai untuk semua peringkat usia, dihidang pada tetamu di hari raya
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya