Saturday, August 3, 2013

Resipi Biskut Raya Oat Ceria

Resipi Biskut Raya Oat Ceria, nama yang macam gempak tapi senang je nak buat. Bagi yang baru nak belajar buat cookies, inilah biskutnya. Resipi ini bersamaan dengan 25 biji cookies. Kalau nak buat lebih, darabkan dengan dua untuk 50 biji atau darabkan dengan 100 untuk 2500 biji.

Bahan-bahannya
75 gram oat
100 gram tepung gandum
50 gram gula halus
100 gram mentega/margerin/minyak sapi

hiasan
1 biji telur kuning
color strands (sugar rice pun betul juga)

Cara membuatnya
1. sediakan oat

2. sediakan tepung gandum

3. sediakan gula halus

4. sediakan marjerin/mentega/minyak sapi

5. Campur semua bahan tadi.

6. Gaul dengan tangan. Resepi ni tak ada air, dah ngam ni.. jangan memandai ye hehehe

7. Gentelkan bulat

8. Biasanya bulat tu beratnya dalam 12 gram ~13 gram

9. Minyakkan loyang. Susun dalam loyang 5 sebaris. Jangan lupa panaskan ketuhar dalam 10 minit dengan suhu 190'C.

10. Tekan dengan garpu

11. Oles dengan kuning telur

12. Hiasi dengan color strands. Kemudian bakar dalam 20 minit dengan suhu 190'C

13. Inilah hasilnya. Sedap tau, ini resepi turun temurun.
Ianya mudah bagi yang pertama kali nak buat biskut raya
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya