Saturday, August 3, 2013

Resipi Biskut Samprit Ceria

Biskut samprit biskut yang digemari warga veteran, tak lengkap raya tanpa samperit, jadi jom kita tinjau resipinya. Resipi ini menghasilkan kira-kira 40 biji biskut samperit atau lebih, mengikut kadar pam anda

Bahan-bahannya:
100 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
100 gram tepung kastad
52 gram gula halus
150 gram marjerin/mentega/minyak kelapa sawit
1 biji telur ayam
setitik esen vanila
kismis, badam, ceri, kurma dan biji gajus untuk hiasan

Cara membuatnya:
1. Timbang semua tepung kepada 100 gram

2. Sediakan 52 gram gula halus

3. Dalam bekas berasingan, putarkan gula dan marjerin/butter yang dicairkan atau guna minyak masak. Kita guna minyak masak je. Putar dengan mixer dengan kelajuan nombor 2 selama 4 minit.

4. Masukkan telur dan ubah kelajuan mixer kepada nombor 5 selama 3 minit. 

5. Jangan lupa masukkan esen vanila

6. Dalam mangkuk berasingan, gaulkan 3 jenis tepung terlebih dahulu sehingga sebati.

7. Tuangkan adunan yang kita mix tadi

8. Uli doh sehingga sebati

9. Masukkan dalam pam dan terus samperitkan doh tadi ke atas loyang yang telah disapu mentega

10. Kalau pandai, satu loyang boleh muat 15-20 biji kuih samperit

11. Hiaskan dengan kacang, badam, ceri, kurma, kismis dan apa saja. Tekan dalam sikit

12. Bakar dalam oven dengan suhu 150'C selama 20 minit.
Mudahkan?? Biskut ini cair dimulut..
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya