Monday, September 30, 2013

Resipi Ayam Goreng Ceria

Mencari resipi ayam goreng KFC mungkin susah, tetapi ceria resipi sedia membantu dengan Resipi Ayam Goreng Ceria. Jom jenguk kemudian boleh cilok untuk berniaga.

Bahan-bahannya.
1/2 kg daging ayam (peha, kepak, dada, tungking dan hati pedal semua boleh)
1 sudu kecil thymes
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu kecil paprika (atau serbuk lada)
1/2 cawan tepung gandum
sebiji telur

Cara menyediakannya:
1. Peramkan ayam dengan rempah ratus selama 5 minit.

2. Kemudian tabur tepung

3. Gaulkan dengan telur. Kemudian goreng tenggelam (deep fry).

4. Inilah hasilnya. Sedap tau, rugi tak cuba
SELAMAT MENCUBA

Resipi Pizza Ceria

Resipi Pizza Ceria ialah resipi asas bagi sebuah pizza italian. Jom jenguk

Bahan-bahannya:
Bahan asas doh cara itali ialah:
250 gram tepung gandum
150ml air suhu bilik
1 1/2 sudu kecil minyak zaitun
secubit garam
secubit gula
6 gram yis

Bahan asas topping pizza itali ialah
6 sudu makan puri tomato
dua cubit oregano
dua cubit thymes
1 sudu kecil lada hitam
dua cubit serbuk biji ketumbar
1 biji bawang merah ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
daun selasih kering yang ditumbuk
minyak zaitun

bahan hiasan menyedapkan rasa:
daun selasih (basil)
keju
cendawan
daging sosej
daging kisar
jejari ketam
lada benggala

Cara membuatnya:
1. Teknik menghidupkan yis, kononnya pakar masak blogger kata ini membazir masa sedangkan ini adalah langkah paling penting. Larutkan gula ke dalam air dan tuangkan yis.

2. Tuangkan air yang dah berkeladak dengan yis itu ke dalam tepung gandum. Tuangkan minyak zaitun dan renjiskan garam.

3. Uli tepung dan kemudian peram dalam 1-2 jam. Selepas cukup masa, tumbuk doh untuk keluarkan angin

4. Kemudian kita buat aksi giling

5. Setelah doh bulat leper, tutup sekejap. Selepas itu, muatkan ke dalam loyang yang siap dioles dengan minyak. Panaskan ketuhar 170 darjah celcius selama 5 minit. 

6. Sementara itu siapkan bahan topping. Masukkan semua rempah. Gaulkan.

7. Kemudian masukkan semua bawang dan gaul rata. Masak sebentar dengan minyak zaitun. Tak nak masak pun takpe, sebab kita tak masak. Nak masak ni bila guna roti yang dah siap.

8. Tuang sos itali kita. Sapu di permukaan roti

9. Hiaskan dengan sayuran, daging dan keju. Kemudian terus masuk ke dalam ketuhar dan bakar selama 20-30 minit. Kalau boleh setting, oven hendaklah dinyala di bahagian bawah sahaja dan disertai blower

10. Siap untuk dihidangkan.
SEDAP TAU
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, September 24, 2013

Resipi Tempoyak Goreng Ceria

Sempena musim durian yang akan meninggalkan kita, kini Resipi Tempoyak Goreng Ceria tetap bersama anda. Boleh dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja sehingga menjilat jari.

Bahan-bahannya:
3 jemput ikan bilis
3 sudu besar tempoyak
1 biji bawang besar
3 sudu makan cuka beras/epal/kurma/anggur

Cara menyediakannya:

1. Goreng dahulu ikan bilis sampai masak. Angkat selepas sudah masak.

2. Tumis bawang besar

3. Masukkan tempoyak. Kacaukan ia

4. Masukkan ikan bilis, goreng lagi.. balik kaup

5. Bubuh cuka, kalau tempoyak masam, cukup sekadar 1 sudu. Tempoyak kita manis sebab kita campur yang masam dengan manis.

6. Siaplah tempoyak goreng, makanan warisan cik siti wan kembang.
SELAMAT MENCUBA


Resipi Lai Chi Kang Ceria

Resipi Lai Chi Kang Ceria menawarkan resipi yang sangat best sekali, seunggul lai chi kang restoren kahfi Wakaf Bharu dan Restoren Kahfi 2. Jom kita memcuba:

Bahan-bahannya:
400ml air panas mendidih 100 darjah celcius
8 biji kembang semangkuk
3 biji getah anggur
10 batang gula kundur
5 sudu barli siap direbus
1 tin mata kucing/sirap longan
1 kerek gula melaka
3 sudu cincau siap dihiris
buah-buahan untuk hiasan

Cara membuatnya:
1. Rendamkan gula melaka, kembang semangkuk, getah anggur dan gula kundur ke dalam air panas

2. Sediakan buah-buahan untuk hiasan. Kita guna strawberi dengan rambutan

3. Satukan semua bahan dan buah

4. Tuangkan sirap longan dan sirap mata kucing. Kacau larutan

5. Hidangkan dengan menambah air panas atau dengan ais.
RESIPI INI DARI KELANTAN, 
boleh cilok resipi ini untuk bisnes
SELAMAT MENCUBA

Resipi Lempuk Durian Ceria

Resipi Lempuk Durian Ceria hanya di ceria-resipi. Jom kita buat.. musim durian pun dah nak habis. Nak tiba musim rambai pula.

Bahan-bahannya:
setengah ketul gula melaka asli (buat sendiri je ni, kurang gula). Kalau guna yang kedai punya, bubuhlah 1 kerek gula melaka.
3 biji durian diambil isinya. Dapat lebih kurang 1 mangkuk kecil isi

Cara membuatnya:
1. Sediakan bahannya. Mudahkan?

2. Masak dengan api sederhana selama 15 minit. Kacau sokmo deh

3. Wow.. inilah lempuk asli. Why pay more?
SELAMAT MENCUBA

Resipi Tart Rambutan

Resipi Tart Rambutan macam janggal bunyi, tapi sedaplah sebab setahun sekali je boleh jumpa. Resipi ini juga terpakai untuk tart nenas.

BAHAN-BAHANNYA
120 gram mentega berkualiti tinggi
200 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
20 gram tepung kastard
1 kuning telur
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti jem rambutan secukupnya. Resipi di http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/09/resipi-jem-rambutan-ceria.html
Kuning telur untuk dioles

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua tepung dan ayak tepung

2. pukul telur dan esen vanila sampai kembang

3. Masukkan semua bahan (kecuali jem rambutan). Kemudian kisar bahan dengan mixer atau kalau rajin, uli adunan. Dah siap, biarkan seketika

4. Masukkan adunan dalam acuan tart dan picit panjang

5. Tengoklah, budak darjah 1 punya kerja. Mudahnya.. Panaskan ketuhar dengan suhu 175 darjah celcius selama 2 minit. Bakar tart selama 20 minit

6. Nah dah siap untuk makan petang atau sarapan pagi
SELAMAT MENCUBA

Resipi Jem Rambutan Ceria

Membuat jem bukanlah perkara susah. Resipi jem rambutan juga unik, selain itu boleh juga buat jem strawberi, jem nenas dan apa sahaja jenis buah. Kalau buah durian, kita tak panggil jem, kita panggil lempuk durian hehehe. Nak resipi lempuk durian, klik http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/09/resipi-lempuk-durian-ceria.html

Bahan-bahannya
Semangkuk buah rambutan dibuang bijinya
1 sudu besar Gula (kalau nak manis, tambah lagi)
1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya
1. Buang kulit rambutan dan buang bijinya

2. Kisar rambutan bersama gula dan esen vanila tanpa air

3. Masuk dalam periuk. Masak selama 10 minit jika guna api besar.

4. Siaplah jem kita. Mudahkan??

Tuesday, September 10, 2013

Resipi Roti Gulung Kayu Manis Ceria

Roti Gulung Kayu Manis Ceria adalah makanan tradisi negeri Kelantan yang digemari ramai suatu ketika dahulu tetapi kini tidak lagi setelah umat manusia beralih kepada KFC dan McD. Ya, inilah resipi tinggalan nenek moyang kita.

Bahan-bahannya
3g yis - 1 sudu teh yis
3 sudu gula melaka (nisse asli)
140 ml air
½ sudu teh cuka kurma/epal/anggur (asalkan cuka buah)
1 sudu kecil garam
campurkan semua bahan di atas ini bersama dan biarkan berbuih lebih kurang 5 minit.

250g tepung gandum
6 gram (1 sudu besar) bread improver
40 gram (2 sudu besar) mentega/marjerin
6 gram (1 sudu besar) baking powder (tak letak pun tak apa)

Hiasan
1 sudu serbuk kayu manis atau
1 sudu serbuk All Spices atau
jika suka, boleh letak jem buah (nenas/manggis/rambutan/epal/durian/dll)

Cara membuatnya:
1. Larutkan gula melaka, air, cuka dan garam kemudian taburkan yis. Gaulkan. Biar 5 minit atau sampai berbuih

2. Gaulkan tepung, baking powder, bread improver kemudian masukkan mentega/marjerin dan gaul.

3. Tuangkan air yis ke atas adunan

4. Uli adunan selama 10 minit. Peram selama 40 minit atau sejam

5. Kemudian kita gusti adunan tu.

6. Ini acara gelek, geleklah sepuas hati. Jangan sampai nampak kat encik jual karpet sudah :p

7. Belah dua dengan pisau tumpul atau objek tumpul. Cantik tak kita canai? Ini untuk makan sendiri, kalau nak bisnes atau nak hidang kat orang, buatlah petak cantik-cantik

8. Spray dengan air tapis ala-ala basah sebab kita nak tabur serbuk kayu manis

9. Ya, inilah cara nak tabur. Boleh tabur banyak, boleh tabur sikit, Kalau tak suka serbuk kayu manis, boleh ganti jem buah

10. Kemudian kita gulung

11. Letak kat loyang yang digriskan dengan minyak atau marjerin

12. Tutup untuk 20 minit. Kita peram guna plastik je, tak perlu aluminium foil. Kemudian panaskan ketuhar 5 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Masukkan roti kita ni dah bakar selama 20 minit

13. Alhamdulillah dah siap. Boleh makan sama ada panas atau sejuk. Bila sejuk, yang kerak tu tak kerap-kerup. 

14. Ini opsyenal. Hias dengan coklat yang direneh secara renehan kembar (double boiling)
SELAMAT MENCUBA

Resipi masakan singgah di sini selalu ya