Saturday, September 7, 2013

Ikan Keli Masak Sambal

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan keli digoreng
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu jintan manis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 sudu cili giling
1 sudu cuka beras/buah
ajinomoto dan garam

Cara membuatnya:
1. Ikan keli diperam dengan kunyit, jintan manis dan garam. Digoreng dengan minyak panas

2. Tumis bawang sampai naik bau

3. Masukkan cili giling (nak pedas, bubuhlah banyak). Tumis sampai naik minyak

4. Masukkan cuka beras/buah. Kalau tak ada, air asam jawa pun boleh. Gaul rata

5. Curah sambal ke atas ikan goreng dan siap dimakan bersama nasi.
SELAMAT MENCUBA

2 comments:

Resipi masakan singgah di sini selalu ya