Saturday, September 7, 2013

Kek Pisang Salji Ceria

Sekarang kita cuba resipi Kek Pisang Salji Ceria ciptaan dari ceria resepi untuk semua. Boleh cilok resepi ini untuk dijual atau diperdagangkan untuk mendapat keuntungan laba insya Allah. Resipi ini gabungan Kelantan dan Perancis.

Bahan-bahannya:
200 gram marjerin atau mentega
½ cawan gula
2 biji telur
1 sudu teh vanila
5 biji pisang dilecek (dua cawan)
1½ sudu teh soda
½ cawan susu suam (125ml)
2 cawan tepung (200 gram)
1½ sudu teh baking powder

Bahan lemon icing
50 gram marjerin atau mentega
½ biji lemon juice (dapat dalam 4 sudu teh)
1  cawan gula icing
2 sudu besar susu

Cara membuatnya:


1. Sediakan bahannya

2. Pukul butter dan gula sampai berkrim. Guna kelajuan rendah 3 minit, tinggi 2 minit.

3. Masukkan telur dan vanilla. Kekal dengan kelajuan tinggi 2 minit.

4. Sementara itu, masukkan sesudu soda ke dalam susu panas dan kacau

5. Masukkan pisang ke dalam balang pengisar. Kelajuan sederhana selama 3 minit.

6. Renjiskan sesudu serbuk penaik ke dalam tepung gandum. Gaulkan

7. Kemudian tapiskan tepung ke dalam balang. Terus kisar dengan kelajuan sederhana 2 minit. Sementara itu panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius.

8. Masukkan susu suam dan tingkatkan kelajuan selama 2 minit. Dah siap tuang dalam loyang dan masuk dalam ketuhar, bakar selama 50 minit dengan suhu 170 darjah celcius. Kalau buat muffin, 25 minit, kalau nak buat kek yang saiz besar, bakar sejam atau lebih.

1. Sementara itu kita buat lemon icing. Sediakan bahannya

2. Campurkan semua dalam balang.

3. Kisar sampai naik bau, berkrim dan gebu seperti salji. Kelajuan tinggi dalam 5 minit. Masukkan aising ke dalam peti ais untuk sejukkannya dan bukan untuk bekukannya :)

4. Kek yang dah siap tu, dimasukkan di dalam peti ais sejam atau sejukkan 6 jam.

5. Bila semuanya dah sejuk, sapukan aising pada tengah kek atau atas kek. Kalau nak sapu tengah, kena belah tengahlah ya. Best tau, rugi tak buat. 
LEBIH SEDAP DARI SECRET RECIPE (secret recipe tak ada kek ini)
SELAMAT MENCUBA

1 comment:

  1. memang sedap sangat. Lembut dan gebu dan yang paling saya suka ialah icing lemon nya,memang gabungan y sesuai dimakan dengan kek pisang. :) Bravo!!

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya