Wednesday, September 4, 2013

Resepi Pulut Durian Ceria

Bahan-bahannya:
200ml santan
secubit garam
1-3 biji buah durian
sekeping gula melaka ditumbuk
1 pot Beras Pulut
1 setengah pot air tapis

Cara membuatnya:
1. Sediakan 200ml santan dan didihkan sekejap. Tabur secubit garam

2. Tumbuk gula melaka atau guna yang segera pun boleh. Alternatif, boleh guna gula merah india. Tapi tak ada syok

3. Beras pulut sebanyak 1 pot ditanak hingga masak. Nisbah air ialah 1 pot setengah

4. Tiga biji durian dicekah dan diasingkan isinya.

5. Cara makan, combine je semua bahan di atas dan gaul. Hmmmmm.. lazatnya
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya