Wednesday, September 4, 2013

Resipi Baulu Durian Ceria (Cheer Durian Muffin)

Musim Durian kembali... kini dengan lebih ceria bagaikan ceria resipi. Jom kita pelbagaikannya.
Muffin durian (Baulu Durian) ialah makanan rare yang ada setahun sekali. Durian kita guna ialah durian bukit dari Maras, Batu Rakit. Durian ini sangat terkenal di Terengganu. Jom kita try:

Bahan-bahannya:
2 biji telur ayam gred A
90 gram gula
100 gram tepung gandum
100 gram mentega/marjerin
3 gram serbuk penaik (sesudu setengah sudu teh kut)
20 gram susu tepung
100 gram isi durian bukit Maras Batu Rakit Terengganu.

Cara membuatnya:
1. Sediakan bahan-bahannya. Ini bahan yang kita guna

2. Campurkan telur, mentega dan gula halus, masuk dalam mixing bowl kemudian pukul sehingga sebati. Guna kelajuan rendah selama 5 minit. Kemudian kelajuan laju selama 2 minit.

3. Kemudian masukkan 65 gram isi durian. Masih lagi dengan kelajuan tinggi, putarkan selama 2 minit.

4. Sementara itu, campurkan serbuk penaik dan susu tepung ke dalam tepung gandum. Gaul rata.

5. Tuang tepung ke dalam mixing bowl dan putar dengan kelajuan sederhana selama 3 minit atau sehingga adunan sebati.

6. Panaskan ketuhar selama 10 minit dengan kepanasan 175 darjah celcius. 
Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas muffin kira-kira 3/4. Baki durian tadi, tekan masuk ke dalam muffin di tengahnya.
Bakar muffin kita dengan suhu 175 darjah celcius selama 25 minit.

7. Inilah hasil muffin durian ceria. Adunan disukat menggunakan penimbang elektronik (grad 1 gram). Kita tak jamin kalau adunan korang terlalu pekat atau terlalu cair ya. 
Insya Allah lembut dan gebu. 
Resepi di atas cukup untuk 12 biji baulu durian ceria.
SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya