Sunday, September 8, 2013

Resipi Kek Cawan Manggis Ceria (Cheer Mangosteen Cup Cake)

Resipi Kek Cawan Manggis Ceria (Cheer Mangosteen Cup Cake) adalah resipi tradisional dalam negeri cik siti wan kembang. Jarang terdapat di pasaran kerana ianya kek bermusim. Di musim manggis ini, maka dipersembahkan cup cake manggis yang lazat dan wangi.

Bahan-bahannya:
1 sudu teh cuka buah (epal/kurma/anggur)
1 sudu teh garam
1 sudu gula
¾ cawan buah manggis lebiih kurang 10 biji buah manggis
bahan di atas diperam selama 20 minit atau lebih

220 gram atau 1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda penaik
125 ml atau 6 sudu besar susu pekat
125 gram atau ½ cawan mentega/marjerin/minyak kelapa sawit/minyak jagung
1 sudu teh vanilla
Cara membuatnya:
1. Sediakan bahan-bahannya

2. Sebelum itu, manggis yang dah diambil isinya dibuat acar, iaitu masukkan cuka, gula dan garam. Ini bertujuan untuk mengeluarkan jusnya.

3. Campurkan serbuk soda dan serbuk penaik ke dalam tepung gandum

4. Campurkan 6 sudu susu pekat

5. Masukkan mentega/marjerin. Kalau tak ada, masuk minyak pun boleh

6. Tuang sesudu vanila. Kemudian barulah gaul adunan. Kalau setakat tepung banyak ni, kacau pakai tangan je.

7. Kemudian barulah masuk jus acar manggis. Gaulkan lagi sampai sebati

8. Akhirnya, biji manggis yang besar diasingkan. Yang kecil tu biar je kat dalam adunan.

9. Masukkan dalam bekas kek cawan. Hiaskan dengan color strands atau serbuk kayu manis. Panaskan ketuhar 170 darjah celcius selama 5 minit kemudian bakar kek ini selama 20 minit.

10. Inilah hasilnya. Sedap dan gebu.. rapuh
Satu bekas lagi kita tabur serbuk kayu manis.

11. Inilah rupa bentuknya. Lazat. Anak kita pun suka sangat.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya