Tuesday, September 10, 2013

Resipi Roti Gulung Kayu Manis Ceria

Roti Gulung Kayu Manis Ceria adalah makanan tradisi negeri Kelantan yang digemari ramai suatu ketika dahulu tetapi kini tidak lagi setelah umat manusia beralih kepada KFC dan McD. Ya, inilah resipi tinggalan nenek moyang kita.

Bahan-bahannya
3g yis - 1 sudu teh yis
3 sudu gula melaka (nisse asli)
140 ml air
½ sudu teh cuka kurma/epal/anggur (asalkan cuka buah)
1 sudu kecil garam
campurkan semua bahan di atas ini bersama dan biarkan berbuih lebih kurang 5 minit.

250g tepung gandum
6 gram (1 sudu besar) bread improver
40 gram (2 sudu besar) mentega/marjerin
6 gram (1 sudu besar) baking powder (tak letak pun tak apa)

Hiasan
1 sudu serbuk kayu manis atau
1 sudu serbuk All Spices atau
jika suka, boleh letak jem buah (nenas/manggis/rambutan/epal/durian/dll)

Cara membuatnya:
1. Larutkan gula melaka, air, cuka dan garam kemudian taburkan yis. Gaulkan. Biar 5 minit atau sampai berbuih

2. Gaulkan tepung, baking powder, bread improver kemudian masukkan mentega/marjerin dan gaul.

3. Tuangkan air yis ke atas adunan

4. Uli adunan selama 10 minit. Peram selama 40 minit atau sejam

5. Kemudian kita gusti adunan tu.

6. Ini acara gelek, geleklah sepuas hati. Jangan sampai nampak kat encik jual karpet sudah :p

7. Belah dua dengan pisau tumpul atau objek tumpul. Cantik tak kita canai? Ini untuk makan sendiri, kalau nak bisnes atau nak hidang kat orang, buatlah petak cantik-cantik

8. Spray dengan air tapis ala-ala basah sebab kita nak tabur serbuk kayu manis

9. Ya, inilah cara nak tabur. Boleh tabur banyak, boleh tabur sikit, Kalau tak suka serbuk kayu manis, boleh ganti jem buah

10. Kemudian kita gulung

11. Letak kat loyang yang digriskan dengan minyak atau marjerin

12. Tutup untuk 20 minit. Kita peram guna plastik je, tak perlu aluminium foil. Kemudian panaskan ketuhar 5 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Masukkan roti kita ni dah bakar selama 20 minit

13. Alhamdulillah dah siap. Boleh makan sama ada panas atau sejuk. Bila sejuk, yang kerak tu tak kerap-kerup. 

14. Ini opsyenal. Hias dengan coklat yang direneh secara renehan kembar (double boiling)
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya