Thursday, September 5, 2013

Resipi Roti Kentang Ceria

Roti kentang atau boleh juga guna ubi keledek (ubi manis). Resipi Roti Kentang Ceria mungkin tak sama macam korang punya resepi, tapi yang ini dari Kelantan punya style, dan syarikat roti di Perancis telah mencilok resipi ini. Acah je. Jom try...

Bahan-bahannya:
3g yis - 1 sudu teh yis
1 sudu gula
125 ml air
½ sudu teh cuka kurma/epal/anggur (asalkan cuka buah) -tugasnya agar yis lebih galak
campurkan semua bahan di atas ini bersama dan biarkan berbuih lebih kurang 5 minit.
p/s: ini cara macam mana nak aktifkan yis. Bukan main masuk je dalam tepung seperti kebanyakan resepi di Malaya.

300g tepung gandum
sebiji kentang berat lebih kurang 65g (direbus dan dilenyek)
6 gram (1 sudu besar) bread improver (tugasnya untuk mempercepatkan proses peram doh dari sehari menjadi seawal 40 minit)
1 sudu kecil garam
40 gram (2 sudu besar) mentega/marjerin
14 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 biji telur gred A
1 sudu teh madu

Cara membuat bun roti :
1. sediakan 12 bahan seperti di atas

2. Gaulkan tepung gandum  bersama garam, bread improver dan susu tepung. Gaul rata

3. Kemudian gaulkan pula madu, putih telur dan marjerin/mentega. Gaul sebati

4. Masukkan ubi kentang lecek dan gaul sebati.

5. Sementara itu, sediakan air yis seperti bahan di atas. Bahan dikacau terlebih dahulu. Tunggu dalam 5 minit sampai dia naik buih

6. Dengan cecair seberat 125ml, tuang ke dalam adunan tepung. Gaul dan start uli tepung.

7. Renjis sedikit tepung gandum untuk keselesaan uli

8. Mesti dapat bentuk macam ni, tak melekat di tangan. Lepas tu, uli selama 10 minit. Cara uli, buat bentuk ni...

9. Kemudian lipat ke atas..

10. Kemudian tolak dengan tapak tangan ke hadapan. Ulang proses ni selama 10 minit.

11. Dah uli, bulatkan dia dan peram dalam minimum 40 minit hingga maksimum 5 jam. Kita peram sejam dulu.

12. Ok, lepas tu tumbuk dia dalam seminit, uli sekali lagi dan peram dalam 10 minit. Berat doh ni 578 gram.

13. Lepas tu, buat bebola. Setiap berat ni 48 gram untuk dapatkan 12 bebola. Tapi kalau suka yang kiut miut, biasanya orang buat bebola berat 20 gram. Jarakkan dia sebab kejap lagi nak peram lagi kasi dia besar.

14. Kemudian peram dalam 40 minit minimum. Maksimum, lantak nak berapa asalkan jangan 3 bulan :)
Kalau peram lebih sejam, lagi besarlah..

15. Lepas 40 minit tu, panaskan ketuhar dalam 5 minit dengan suhu 175 celcius. Buka plastik pada loyang pertama tadi, tengok kan dah rapat (besar 1 kali ganda). Kalau lagi lama, lagi rapat penuh loyang dan boleh cecah 2 kali ganda besarnya. Sapukan kuning telur ke atasnya. 

16. Bakar dalam 20 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Inilah hasilnya.
Kita tak try yang ini sebab kita bagi jiran sebelah

17. Ini opsyenal. Sapu kuning telur, lapikkan dengan tuna dan juga keju di atasnya. Bakarnya mesti 25 minit. Kalau nak nampak coklat, 30 minit. Kita bakar 25 minit je. Hasilnya ialah:

18. Inilah dia, fluffy sangat.
SELAMAT MENCUBA



1 comment:

Resipi masakan singgah di sini selalu ya