Wednesday, October 30, 2013

Resipi Kambing Panggang Asap Ceria (Lamb smoke)

Bahan-bahannya:
1 sudu makan madu
1 sudu makan minyak zaitun

Bahan ditumbuk
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan Dikisar
3 batang Kayu Manis
1 sudu makan Cengkih
1 sudu makan Bunga lawang
1 sudu makan Buah pelaga
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan Thymes
1 sudu makan jintan manis

Cara menyediakannya:
1. Tuang bahan kisar ke atas daging kambing

2. Tuangkan minyak zaitun

3. Tuangkan madu

4. Gaul dan kemudian masukkan bawang dan gaul rata

5. Masukkan dalam pelapik aluminium (aluminium foil). Panggang dengan ketuhar selama 1 jam dengan suhu 170 darjah celcius. Keluarkan daging dan letak di atas dulang oven. Panaskan arang dan masukkan ke dalam ketuhar/pasu dan panaskan daging sehingga 1/2 jam untuk keringkan airnya.
Jika ada smoker, caranya panggang daging dalam smoker sehingga 6 jam tanpa aluminium foil.

6. Inilah hasilnya.
SELAMAT MENCUBA.

Sunday, October 27, 2013

Resipi Jemput Pisang Ceria (Cekodok Pisang Ceria)

Resipi Jemput Pisang Ceria sangat montel dan comel, jemput pisang adalah makanan masyarakat pantai timur dan dipercayai berasal dari negeri cik siti wan kembang the red warrior. Di Johor, ia disebut cekodok. Jadi sempena kemenangan Kelantan ke atas ATM pada separuh akhir Piala Malaysia, dapat idea untuk sambut kemenangan ini dengan makanan tradisional kelantan ini.

Bahan-bahannya:
5 biji pisang masak (ikutlah pisang apa, kalau alah dengan pisang emas, jangan guna pisang emas)
250 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 sudu kecil serbuk penaik
1/3 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
150 ml air tapis

Cara membuatnya:
1. Hancurkan isi pisang

2. Sediakan bahan wajib ini iaitu soda, serbuk penaik dan tepung gandum. Kalau tak ada soda dan serbuk penaik, jemput pisang/cekodok tak berapa comel.

3. Kemudian masukkan sedikit gula dan garam. Gaul sebati.

4. Masukkan sebutir telur ayam dan gaul laju-laju. Tak perlu guna mixer pun.

5. Panaskan minyak dan celupkan sesudu makan penuh adunan ke dalam kuali minyak panas.

6. Inilah hasilnya jemput pisang ceria. Cekodok ini boleh dibuat sarapan atau minum petang.
SELAMAT MENCUBA


Saturday, October 26, 2013

Resipi Jemput Tamar Ceria (Cekodok Kurma Ceria)

Resipi Jemput Tamar Ceria (Cekodok Kurma Ceria) resipi yang didatangkan khas dari Kampung Laut, Tumpat Kelantan untuk dicuba oleh sekalian manusia di muka bumi ini. Manis dan enak!
Ada lagi tak kurma/tamar di dalam peti ais/gerobok? Check semula dan jom try resipi ini.

Bahan-bahannya:
8 butir kurma
150 gram tepung gandum
100ml air tapis
Sesudu marjerin

Cara menyediakannya:

1. Beberapa biji kurma di buang bijinya dan dihancurkan/disiat isinya

2. Masukkan tepung dan air tapis. Gaul rata sampai sebati

3. Panaskan minyak masak, masukkan sesudu marjerin ke dalam minyak panas. Kemudian masukkan adunan tepung tadi untuk menggoreng

4. Inilah rupa jemput tamar ceria yang lazat dan manis. 
SELAMAT MENCUBA

Monday, October 21, 2013

Resipi Udang Galah Goreng Ceria

Resipi Udang Galah Goreng Ceria, kombinasi bahan ini sangat melazatkan. Cubalah kalau tidak percaya.

Bahan-bahannya:
10 ekor Udang galah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/3 sudu kecil jintan manis
secubit garam
1/3 sudu kecil thymes
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil parsley
2 sudu besar mentega atau marjerin

Cara menyediakannya
1. Peramkan udang galah dengan semua bahan kecuali mentega dan parsley

2. Panaskan mentega/marjerin. Goreng dengan api perlahan

3. Balikkan udang jika dan keemasan. Selepas itu taburkan parsley ke atas udang. Bila udang sudah masak, balikkan sekali lagi untuk tabur parsley di bahagian sebelahnya pula

4. Hidangkan dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan nasi
SELAMAT MENCUBA


Saturday, October 12, 2013

Resipi Biskut Kacang Soya Ceria

Biskut Kacang Soya Ceria adalah resipi yang telah lama dilupakan ramai wanita dan lelaki, kini kembali beraksi di dalam ceria resipi. Ingat tak tadi kita buat air soya, guna 200 gram kacang soya tu? Bila timbang, berat hampas kacang soya tu dalam 350 gram.

Bahan-bahannya:
150 gram tepung gandum
30 gram tepung jagung
150 gram mentega/marjerin
80 gm gula kastor/halus
270 gram hampas kacang soya kering

Cara membuatnya:
1. Hampas kacang soya dimasukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 170'C selama 20 minit.

2. sementara itu, pukul gula dan mentega/marjerin. Kalau nak guna marjerin, guna cap pelangi keluaran Felda, sebab wangi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaulkan rata.

4. Masukkan hampas kacang soya yang telah dikeringkan tadi. Gaul rata.

5. Kemudian uli sampai sebati.

6. Masukkan dalam acuan dan bentukkannya. Kalau nak buat kaedah potong pun boleh macam gambar ni. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 170'C selama dua minit, bakar dengan kadar masa 15 minit.

7. Siaplah biskut kacang soya yang sedap ini.
SELAMAT MENCUBA

Friday, October 11, 2013

Resipi Air Soya Ceria

Resipi Air Soya Ceria Buatan Rumah (Homemade Soy) semudah ABC. Lagi sedap berbanding dibeli di kedai, fresh tanpa pengawet. Lebih sedap dari produk ESP Shaklee. Kemanisan mengikut citarasa sendiri. Ingat rahsia nenek moyang, 100 gram kacang soya mampu menghasilkan 1 liter air yang sedap. Bayangkan kalau nak berniaga, mereka mesti bubuh air 2 liter atau lebih bagi setiap 100 gram. Jom cuba..

Bahan-bahannya:
200 gram kacang soya
2 liter air suam
50 gram gula
100 ml air gula melaka (dihasilkan dari 2 kerek manisan)

Cara menyediakannya:
1. Rendam kacang soya semalaman atau paling cepat 4 jam.

2. Kacang soya akan membengkak. Buang kulit (kalau rajin) dan salin air hingga kacang soya bersih.

3. Masukkan kesemua kacang soya dalam pengisar

4. Kisar semua 200 gram kacang soya dengan 500ml air suam.

5. Tuang dalam periuk panas. Baki 1.5 liter dituang dalam bekas pengisar untuk menadahkan baki sisa soya dan tuangkan ke dalam periuk tadi.

6. Jika hampir mendidih, tuangkan gula

7. Kemudian tuangkan air manisan. Ini pilihan tau, kalau tak bubuh pun tak apa, tapi gula kasi lebih sikitlah. Bila mendidih, angkat dan sejukkan.

8. Cara sejuk pantas ialah, dengan merendamkan periuk ke dalam basin yang berisi air sejuk. Pusingkan periuk selama 5 minit. Salin air lagi dan pusingkan periuk 5 minit.

9. Tuang air kacang soya pada kain kasa/kain kapas. Ini kaedah penapis gaya nenek moyang.

10. Ini baki kacang soya. Kalau rasa air ni masih suam, abaikan perah. Tapi kalau nak perah juga, boleh juga

11. Perah dengan perlahan dan berhati-hati sebab ianya panas suam. Tekan dengan senduk plastik kalau tak tahan panas hehehe..

12. Siap dihidangkan sama ada suam atau pun dengan air batu.
SELAMAT MENCUBA

Resipi Cendawan Goreng Ceria

Cendawan goreng ceria, satu resipi yang amat digemari kanak-kanak dan warga emas. Mesti cuba tau!
Bahan-bahannya:
200 gram Cendawan
1 sudu mentega atau marjerin
100 gram tepung gandum
1 biji telur
100ml air
secubut garam
satu sudu kecil serbuk lada hitam (opsyenal)

Cara membuatnya:
1. Pukul telur

2. Masukkan mentega/marjerin kemudian pukul lagi.

3. Masukkan tepung gandum

4. Kemudian celup cendawan

5. Ini pilihan, taburkan lada hitam

6. Goreng sehingga kekuningan.

7. Hidang bersama sos atau dimakan begitu sahaja
SELAMAT MENCUBA


Wednesday, October 9, 2013

Resipi Sirap 3 Lapis (3 Layer) dan Teh Cinta

Resipi Sirap 3 Lapis (3 Layer Rose Syrup) dan Teh Cinta (3 layer Tea) dan tak lupa juga resipi ini juga boleh diaplikasikan dengan kopi. Cara membuatnya senang tetapi ramai tidak tahu, jom jenguk..

Bahan-bahan:
300 ml Pati gula melaka/nissan (cara nak menghasilkannya, rebuslah 5 kerek gula melaka ke dalam 300ml air tapis. Kemudian sejukkan)
1 tin Susu cair
Pati teh/Pati Sirap Ros/Pati Kopi (Bancuh dengan air panas kemudian sejukkan_.
Ais

Cara membuatnya:
1. Tuangkan gula melaka terlebih dahulu. Kemudian isi ais memenuhi gelas

2. Tuangkan susu cair dengan perlahan ke atas ais

3. Kemudian diikuti sirap/teh/kopi. Beginilah hasilnya.
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, October 1, 2013

Resipi Roti Oat Bakar Ceria

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 cawan oat
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh minyak zaitun
1/2 cawan air

Cara Membuatnya:
1. Sediakan dua bahan ini. Oat dibahagikan kepada dua bahagian, satu dikisar satu tidak dikisar

2. Kemudian tuangkan air dan minyak zaitun. Uli tepung. Kemudian gentel bulat

3. Canai doh yang digentel sehingga jadi leper

4. Kemudian goreng tanpa minyak

5. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan kari, sardin, susu dan jem.
SELAMAT MENCUBA

Resipi masakan singgah di sini selalu ya