Saturday, October 12, 2013

Resipi Biskut Kacang Soya Ceria

Biskut Kacang Soya Ceria adalah resipi yang telah lama dilupakan ramai wanita dan lelaki, kini kembali beraksi di dalam ceria resipi. Ingat tak tadi kita buat air soya, guna 200 gram kacang soya tu? Bila timbang, berat hampas kacang soya tu dalam 350 gram.

Bahan-bahannya:
150 gram tepung gandum
30 gram tepung jagung
150 gram mentega/marjerin
80 gm gula kastor/halus
270 gram hampas kacang soya kering

Cara membuatnya:
1. Hampas kacang soya dimasukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 170'C selama 20 minit.

2. sementara itu, pukul gula dan mentega/marjerin. Kalau nak guna marjerin, guna cap pelangi keluaran Felda, sebab wangi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Gaulkan rata.

4. Masukkan hampas kacang soya yang telah dikeringkan tadi. Gaul rata.

5. Kemudian uli sampai sebati.

6. Masukkan dalam acuan dan bentukkannya. Kalau nak buat kaedah potong pun boleh macam gambar ni. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 170'C selama dua minit, bakar dengan kadar masa 15 minit.

7. Siaplah biskut kacang soya yang sedap ini.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya