Sunday, October 27, 2013

Resipi Jemput Pisang Ceria (Cekodok Pisang Ceria)

Resipi Jemput Pisang Ceria sangat montel dan comel, jemput pisang adalah makanan masyarakat pantai timur dan dipercayai berasal dari negeri cik siti wan kembang the red warrior. Di Johor, ia disebut cekodok. Jadi sempena kemenangan Kelantan ke atas ATM pada separuh akhir Piala Malaysia, dapat idea untuk sambut kemenangan ini dengan makanan tradisional kelantan ini.

Bahan-bahannya:
5 biji pisang masak (ikutlah pisang apa, kalau alah dengan pisang emas, jangan guna pisang emas)
250 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 sudu kecil serbuk penaik
1/3 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
150 ml air tapis

Cara membuatnya:
1. Hancurkan isi pisang

2. Sediakan bahan wajib ini iaitu soda, serbuk penaik dan tepung gandum. Kalau tak ada soda dan serbuk penaik, jemput pisang/cekodok tak berapa comel.

3. Kemudian masukkan sedikit gula dan garam. Gaul sebati.

4. Masukkan sebutir telur ayam dan gaul laju-laju. Tak perlu guna mixer pun.

5. Panaskan minyak dan celupkan sesudu makan penuh adunan ke dalam kuali minyak panas.

6. Inilah hasilnya jemput pisang ceria. Cekodok ini boleh dibuat sarapan atau minum petang.
SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya