Monday, November 11, 2013

Kuetiau Tom Yam

Bahan-bahannya:
1 liter air (atau lebih)
2 batang serai diketuk
250 gram ayam
3 biji bawang putih diketuk
1 biji bawang merah diketuk
5-10 biji cili api
3 sudu makan cuka beras/kurma/epal (atau 3 biji jus limau nipis)
1 paket kuetiau
1 batang saderi
1 batang pak chi (kelantan sebut daun kesing, orang luar cakap pokok ketumbar)
gula, ajinomoto dan garam secukup rasa
sayur-sayuran citarasa sendiri

Cara Menyediakannya:
1. Bersihkan ayam, satukan ayam dengan serai, bawang merah dan bawang putih. Masukkan air dalam 1 liter atau lebih jika hendak kuah banyak. Rebus dengan api kuat

2. Sediakan bahan sayuran. Kita gina cendawan, lada benggala dan tomato ceri. Hiris bersama daun kesing/pak chi dan daun saderi/sup

3. Apabila mula mendidih, campakkan cili api yang diketuk. Kalau suka pedas, bubuhlah banyak lagi.

4. Kemudian apabila sudah mendidih, tuangkan cuka/jus limau nipis.

5. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang siap dihiris tadi

6. Masukkan kuetiau pula dan perasakan dengan garam, ajinomoto dan gula.

7. Siaplah sudah kuetiau tom yam kita. Boleh tabur lada hitam kalau suka. Kita semak kat dalam kamus dewan bahasa, ejaan betul ialah KUETIAU.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya