Friday, November 15, 2013

Resipi Dadih Ceria

Resipi Dadih Ceria beserta trik untuk menghasilkan susu yang masak dan dadih tahan lama malah tidak pula menyebabkan dadih berketul atau tekstur tak comel. Jom cuba

Bahan-bahannya:
Bahan A
3 liter air tapis (jika hendak buat rasa coklat, 1 liter air coklat, 2 liter air tapis)
1 tin susu sejat

Bahan B
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 1/3 cawan air
10 gram serbuk agar-agar/ 12 gram agar-agar tali
1/2 sudu teh garam
1 cawan gula

p/s: Kalau guna agar-agar tali, kena rendam dahulu 3/4 jam. Tapi resipi tak berapa menjadi kerana ada sedikit trik di sini.

Cara Membuatnya:

1. Tuangkan susu ke dalam air tapis. Didihkan Bahan A. Sebaik sahaja air mula didih, terus tutup api. Ingat, terus tutup api.

2. Kemudian lepas tutup api, terus masuk semua bahan B dengan penuh yakin. 
Kacau laju-laju ya dalam 5 minit bagi semua bahan larut dan sebati.

3. Masukkan ke dalam bekas, iktulah bekas apa pun. Kalau nak berniaga, korang carilah bekas yang kiut macam orang selalu buat tu. Sejukkan..

4. Inilah hasilnya. Kita buat perasa oren, nampak tak tekstur dia?? Enak dimakan ketika sejuk.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya