Saturday, November 2, 2013

Resipi Daging Kebab Ceria

Resipi Kebab Ceria didatangkan khas untuk anda semua, pelawat yang tidak pernah bosan dengan resipi di dalam blog ini.

Bahan-bahannya:
3 batang jejari ketam dihiris halus (tak bubuh pun tak apa, saje nak habiskan dalam peti ais)
2 ketul daging burger dicincang (atau guna daging cincang pun boleh)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil rosemary, thymes, basil, oregano, parsley
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
ajinomoto dan garam secukup rasa

Bahan Resipi Roti Pita rujuk di link ini: http://ceria-resipi.blogspot.com/2013/11/resipi-roti-pita-herba-ceria.html

Cara Membuatnya

1. Gaulkan semua daging ke dalam serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

2. Apabila sudah sebati, masukkan semua herba. Peram dalam 10 minit.

3. Tumiskan bawang

4. Masukkan daging dan goreng sehingga masak dalam 10 minit je.

5. Letakkan di atas roti pita bersama tomato dan salad.

6. Lipat dan makan. Best tau
SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. nampak sangat sedap...mesti cuba ni :-)

    ReplyDelete
  2. Sya dah buat roti ceria tu..menjadi..tima kasih ya..:)tak sangka dpt buah roti sendri..hehe

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya