Friday, November 15, 2013

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak Ceria

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak Ceria dibawakan khas dari pantai timur untuk warga pelawat ceria resipi.

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan patin saiz sedang
3 jambak daun kesum
6 sudu makan tempoyak
1 kuntum bunga kantan
6 batang cili api
2 ketul asam keping
1 inci kunyit
1 liter air tapis
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa

Cara menyediakannya:
1. Sediakan semua bahan yang dinyatakan di atas

2. Tumbuk kunyit dan cili api

3. Campurkan bunga kantan, asam keping, tempoyak dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk

4. Tuangkan air tapis yang suci lagi bersih

5. Apabila mendidih, perasakan dengan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.

6. Masukkan ikan patin

7. Kemudian daun kesum. Reneh sehingga mendidih

8. Siap dihidangkan bersama nasi. Ini jamuan berbuka puasa sempena hari Asyura kerana meraikan kemenangan Nabi Musa ke atas Firaun ketika membelah laut.
Hari Asyura dituntut berpuasa dan bukan melantak bubur asyura.
SELAMAT MENCUBA

1 comment:

  1. Sllu tgk kawan2 mkn tempoyak patin ni dgn sdapnya..sya leh tgk je la..:).sbb x mkn ikn darat..nk bg resipi ni kat kakak ipar yg minat mkn ikn ni :).tima kasih kongsi resipi :)

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya