Saturday, November 23, 2013

Resipi Rojak Kateh (Rojak Kaki Lembu)

Dah nama Rojak Kateh (Rojak Kaki Lembu), mestilah guna kaki lembu, tak kan guna daging lembu. Keistimewaan makanan tradisional terengganu ini ialah kenyal dan rasa enak kerana gelatin semula jadi yang terdapat di kakinya. Kateh adalah bahasa pantai timur yang bermaksud kaki. Jom cuba

Bahan-bahan:

2-4 batang Kaki lembu
1 keping lidah lembu (opsyen)
2.5 liter air tapis untuk merebus
Gula dan Garam secukup rasa
3 sudu makan Cuka buah
3 sudu makan asam jawa dilarut dengan 1/2 cawan air panas
15 tangkai Cili kering atau 5-7 sudu makan cili giling
1 keping Gula nisan (gula Melaka)
500ml air tapis untuk sos

Cara Membuat:
1. Bersihkan kaki lembu, bakar kaki lembu untuk buang bulunya. Kemudian kikis bahagian yang telah dibakar. Kuku lembu tu kena buang, tinggalkan isinya sahaja. Kemudian, ambil kulit dan isi kakinya. Kita tak guna tulang, hanya ambil kulit, isi dan uratnya sahaja. Pastikan semuanya bersih, bulu dan bekas arang semua harus dibersihkan.

2. Rebus isi tadi ke dalam periuk dengan 2 liter air, api sederhana. Rebus sehingga lembut dan air hampir kering dalam secawan.


3. Tumis cili giling dan larutkan gula melaka. Kemudian masukkan semua bahan dan diakhiri dengan kaki lembu dan lidah lembu. 

4. Siaplah rojak katih kita. 
SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. rojak tulang???jom xchange list wif my blog :
    Azim Aris

    Tak Mungkin Benar

    Muhasabah

    follow ya :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya..smlm ada beli tendon lembu..blh guna x buat ni?dulu masa arwah abah ada,dia la yg selalu bakar kaki lembu ni utk mama buatkan rojak ni..t.kasih utk resepi.

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya