Saturday, November 2, 2013

Resipi Roti Pita Herba Ceria

Resipi Roti Pita Herba Ceria ialah resipi yang jarang ada di Malaysia. Di negara Arab, ianya mudah didapati. Jadi, kita kena buat sendiri jika hendak merasainya. Jom cuba!

250 gram tepung gandum
140 ml susu yogurt
5 gram yis/ibu roti
1/2 sudu kecil garam
1/3 sudu kecil dough softener (untuk melembutkan, kalau tak ada pun tak apa)
1/3 sudu kecil bread improver (untuk memantapkan, kalau tak ada pun tak apa)
1/2 sudu kecil rosemary, thymes, basil, oregano, parsley
1 helai daun salam (bay leave) dikoyak kecil

p/s: jika hendak buat roti pita keju, abaikan daun herba tadi dan gantikan 2 sudu keju.
Jika hendak buat roti pita kosong, abaikan daun herba.
Jika hendak buat roti pita bawang putih, abaikan daun herba dan gantikan 3 ulas bawang putih yang ditumbuk halus atau 1 sudu besar serbuk bawang putih.

Cara Membuatnya
1. Tuangkan susu yogurt dan yis ke dalam adunan tepung gandum yang siap digaul rata dengan garam, bread improver dan dough softener. Kemudian uli adunan doh dalam 3 minit.

2. Taburkan herba depan belakang doh. Uli doh dalam 3 minit lagi dan peram doh selama 30 minit paling sekejap.

3. Apabila doh sudah mengembang 1 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian gentel bulat, setiap bulat dalam 45 gram. Kalau nak tebal,, dalam 70 gram atau lebih

4. Inilah doh kita, ada 9 biji yang beratnya 45 gram.

5. Taburkan tepung, sediakan pencanai dan gelek atas doh sehingga leper.
Kalau hendak buat tebal, jangan canai nipis.

6. Lapiskan dengan kertas minyak atau tisu supaya doh tadi tidak melekat.

7. Panaskan kuali atau tempayan, bakar sehingga mengembang. Guna ketuhar pun boleh, tapi membazir elektrik. Jimatkan elektrik ya ;)

8. Nampak tak gelembung udara? Best tau. Selain leper, boleh juga nak buat bentuk macam roti rotan.

9. Cadangan hiasan. Roti kebab ceria!!
SELAMAT MENCUBA

Anda mungkin hendak buat kebab, untuk resipi intinya, rujuk di link: 

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya