Saturday, November 16, 2013

Resipi Sambal Belacan Mok Ju Ceria

Resipi Sambal Belacan Mok Ju Ceria ialah resipi dari salah seorang wanita berasal dari Gong Penaga, Kuala Terengganu. Resipi ini dibongkarkan demi melangsungkan tradisi turun temurun yang kian terhapus. Sebelum didakwa resipi ini kepunyaan oleh negara lain, lebih baik kita bongkarkan sekarang.

Bahan-bahannya:
2 biji tomato
1 genggam ikan bilis
2 biji bawang merah
1 inci belacan
1/2 keping gula melaka
7 biji cili api
2 biji cili merah
2 biji air perahan limau nipis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu makan minyak zaitun

Cara menyediakannya:
1. Sediakan baha-bahannya. Ada yang terlupa tangkap gambar.

2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar, dan kisar dengan air perahan limau nipis.

3. Kemudian tumis dengan minyak zaitun, bahan yang dikisar sehingga airnya kering

4. Siaplah sambal belacan Mok Ju. Boleh dimakan dengan ulam, keropok lekor, ayam goreng Mok Ju, udang goreng ceria dan lain-lain lagi. Sedap tau!!
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya