Wednesday, December 25, 2013

Resipi Biskut Oat Badam Ceria

Bahan-bahannya:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan oat
1 cawan mentega dicairkan
6 susu makan gula halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
segenggam hirisan badam

Kaedahnya:
1. Gaulkan gula, tepung, oat, soda, tepung penaik sehingga rata dan sebati

2. Masukkan mentega dan hirisan badam, gaulkan dan uli.

3. Sampailah tak melekat lagi.

4. Buatkan bentuk leper, leper yang bagaimana, kita yang tentukan ya. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 20 minit

5. Alhamdulillah, terhasillah biskut oat ceria.
selamat mencuba

Resipi Biskut Suji Ubi Kayu Ceria

Baru-baru ni, baby naik ruam, so ada jiran beri tepung ubi kayu sepaket. Nak pakai sikit je, lepas tu terus blur sebab banyak sangat. Nak buang sayang, so terhasillah resipi ini.

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega
1/2 cawan marjerin
8 sudu makan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan: susu tepung

Kaedahnya:
1. Gaulkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan soda bikarbonat

2. Masukkan mentega dan marjerin serta gula. Gaulkan dan uli sampai sebati

3. Bentukkan leper atau bulat ikut kesukaan masing-masing. Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.

4. Biskut suji ubi kayu siap dihidangkan. Taburkan dengan serbuk susu tepung. Ianya rapuh, dan sedap!
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 18, 2013

Resipi Sira Labu Ceria

Resipi Sira Labu Ceria atau disebut juga labu sira merupakan makanan orang Kelantan dan selalu dibuat semasa majlis perkahwinan. Labu yang digunakan ialah labu kuning dan bukan labu air yang warna hijau.

Bahan-bahannya:
1 biji labu
3 sudu gula
2 kerek nissan (gula melaka)
1 sudu gula perang
7-10 helai daun pandan
1-2 biji cengkih (jika suka)
1/4 cawan air (atau kurang dari itu)
1 sudu kapur makan

Kaedah membuatnya

1. Rendamkan labu dengan air kapur paling sekejap 4 jam. Paling best semalaman. Kemudian bersihkannya untuk memasak.

2. Susun daun pandan sebagai alas, dan susun pula labu. Lapik lagi daun pandan dan susun labu lagi

3. Taburkan gula, gula perang dan nissan yang telah dipatahkan. Tuangkan suku cawan air atau kurang dari itu. Air labu pun akan meleleh sendiri nanti.

4. Masak selama 45 minit dengan api kecil. Tutup la periuk tu

 5. Siap dimasak, sedapnya
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, December 17, 2013

Resipi Ikan Bakar Ceria

Bahan-bahannya:
6-8 ekor ikan saiz sederhana
1 helai daun kunyit
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 genggam udang kering atau udang geragau
Air Asam Jawa
1 inci belacan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
semua di atas ini, dikisar atau tumbuk
4 sudu cili kisar/boh
2 sudu makan santan kelapa

Kaedah menyediakannya:
1. Tumbuk atau kisar semua bahan

2. Gaulkan bahan supaya sebati

3. Sapukan pada ikan, masukkan dalam kepala dan perut sikit

4. Alas dengan daun pisang dan bakar/panggang ikan sehingga masak

5. Ini rupa anak ikan tenggiri bila dah siap.

6. Ok dah siap ikan bakar ceria. Perahkan dengan asam limau jika mahu.
Kalau nak buat sos dia, bahan di atas digandakan, kemudian masak berasingan dalam periuk. 
SELAMAT MENCUBA 

Monday, December 16, 2013

Resipi Lempeng Nyiur Ceria

Resipi Lempeng Nyiur Ceria atau juga dikenali dengan nama lempeng kelapa ceria, merupakan makanan tradisi pantai timur semenanjung Malaysia. Ia turut dijual di kedai makan sebagai sarapan pagi terutama sekali di sekitar Kuala Terengganu dan juga kawasan Tumpat, Kota Bharu dan Bachok. Jom tinjau resipinya. Resipi ini untuk 1-3 keping lempeng nyiur.

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung gandum
1 biji kelapa muda parut atau 3/4 cawan kelapa muda parut
secubit garam
1 cawan air kelapa muda
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu makan gula

Kaedah menyediakannya:
1. Tepung gandum digaul bersama serbuk penaik.

2. Kemudian tuangkan kelapa muda parut. Nisbah dia  dengan tepung gandum ialah 1:1 
Biasanya kedai tak guna nisbah ini, kadang-kala guna 3-5 cawan tepung dengan 1 cawan kelapa muda parut.

3. Kemudian tuangkan air kelapa muda, taburkan garam dan gula.
Jika tidak ada air kelapa, memadai dengan air tapis.

4. Panaskan kuali, kemudian tuang adunan ke atasnya dan biarkan masak dengan api sederhana selama 10-15 minit bergantung kepada ketebalan.

5. Dah siap, sedap dimakan dengan sambal ikan bilis atau kari.
SELAMAT MENCUBA

Resipi Perut Kambing Air Asam Ceria

Bahan-bahannya:
Perut Kambing dan ususnya jika suka
1/3 cawan Air asam jawa
1/4 keping belacan dibakar
1 tangkai lada merah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
1 sudu teh cuka buah (kurma/epal)
1 sudu gula

Kaedah membuatnya:
1. Rebus perut sebanyak 3 kali tukar air. Ini tips untuk elak sakit perut.

2. Sementara itu lecekkan belacan di dalam air asam jawa

2. Kemudian masukkan hirisan cili merah, bawang besar dan bawang putih

'
3. Masukkan gula, perahan limau nipis dan cuka buah. Gaul rata sampai sebati

4. Siap dihidang, boleh makan bersama ikan bakar, dibuat ulam (makan begitu sahaja) atau dimakan dengan nasi.
SELAMAT MENCUBA

Sunday, December 15, 2013

Resipi Ikan Masak Tauchu Ceria

Bahan-bahannya:
3-5 ekor ikan saiz sederhana
3 sudu tauchu
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 sudu cili giling
1 tangkai serai
1 tangkai cili merah
1/2 cawan air

Kaedah menyediakannya:
1. Tumis halia, lengkuas, bawang merah dan bawang putih

2. Masukkan cili giling. Tumis sebentar

3. Kemudian masukkan bawang besar. Tumis sebentar

4. Kemudian masukkan tauchu dan serai yang telah dititik dan 1/2 cawan air

5. Cili merah. Masak sampai air hampir kering separuh

6. Kemudian golekkan ikan goreng

7. Hidangan sudah siap untuk dijamu
SELAMAT MENCUBA

Saturday, December 14, 2013

Resipi Ikan Patin Gulai Kuning Ceria

Resipi Ikan Patin Gulai Kuning Ceria, tanpa tempoyak. Mesti lebih sedap! Jom cuba..

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan patin
1 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 tangkai lada merah
1 inci halia
1 helai daun salam (bay leaf)
1 cawan santan pekat
1 cawan air
garam dan ajinomoto secukup rasa

Kaedah memasak:
1. Tumis halia, kunyit, bawang merah, bawang putih dan daun salam

2. Masukkan santan dan air. Kacau sebentar

3. Masukkan ikan patin

4. Diikuti cili merah dan bawang besar. Masak hingga pecah minyak. Perasakn dengan garam dan ajinomoto

5. Siap dihidangkan bersama nasi panas
SELAMAT MENCUBA

Friday, December 13, 2013

Resipi Bengkang Ubi Ceria (Bingka Ubi Kayu)

Resipi Bengkang Ubi Ceria atau disebut juga Bingka Ubi Kayu adalah makanan rakyat pantai timur semenanjung Malaysia. Sempena musim banjir ini, ubi kayu banyak didapati dengan harga murah kerana para petani memungut hasil sebelum banjir bagi mengelakkan ubi kayu rosak. Jom kita cuba!

Bahan-bahannya

4 cawan ubi kayu (kita parut 4 batang dapat 4 cawan)
1 cawan santan pekat
1 cawan gula
1/2 cawan gula merah atau nissan (gula melaka)
5 titik pewarna kuning telur
1 biji telur ayam dipukul

Kaedah menyediakannya:
1. Parut ubi kayu. Kalau guna blender, pastikan air ditapis kering

2. Tuangkan santan dan air nissan/gula melaka atau gula merah. Gaulkannya

3. Tuangkan gula dan telur yang siap dipukul dan gaul rata.

4. Letak di atas loyang. Kita guna pemanggang ajaib, dengan api sederhana dibakar 15 minit atas dan 15 bawah. Kalau guna ketuhar, suhu 200 darjah celcius selama sejam.

5. Tunggu sejuk selama 2 jam atau lebih. Kalau nak try panas-panas pun boleh.

6. Akhirnya bingka telah mengeras dan boleh dimakan begitu sahaja
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 11, 2013

Resipi Ketupat Sotong Ceria

Resipi Ketupat Sotong Ceria ini didatangkan khas dari Bachok Kelantan oleh admin nombor 3. Makanan tradisional Kelantan ini juga telah dijadikan makanan jepun tetapi tanpa gula melaka. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya
Beberapa ekor sotong (terpulang nak banyak mana, guna sotong saiz sederhana lagi mudah)
1 cawan beras pulut
2 kerek nissan/gula melaka
400 ml santan
daun pandan
lidi pencucuk

Kaedah menyediakannya:
1. Sediakan sotong yang telah dibersihkan kulitnya dan juga beras pulut yang telah direndam sekurang-kurangnya setengah jam. Sumbat pulut memenuhi sotong dan cucuk lubang dengan lidi tajam.

2. Kemudian untuk memasak, masukkan sotong, dua kerek nissan dan daun pandan

3. Tuangkan santan

4. Masak sotong sehingga beras pelut masak. 

5. Nah, siap dimakan dengan lahapnya
SELAMAT MENCUBA

Resipi masakan singgah di sini selalu ya