Tuesday, December 10, 2013

Resipi Apam Balik Mini Ceria

Bahan-bahannya:

1 biji telur ayam
250 gram tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh yis
1 cawan susu sejat/susu segar

Bahan hiasan
Gula
Kacang tumbuk
jagung manis dalam tin

Kaedah menyediakannya:
1. Pukul telur sampai kembang

2. Tuangkan susu. Kacaukan ia

3. Masukkan tepung gandum yang telah digaul bersama soda bikarbonat, yis dan tepung penaik. Gaul sampai adunan sebati

4. Minyakkan kuali, panaskan kuali dengan api sederhana kecil, tuangkan sesenduk adunan tepung

5. Apabila tepung mula berbintik/berlubang, taburkan serbuk kacang, gula dan jagung manis

6. Lipat apam balik, dan siap untuk dimakan waktu pagi atau petang.
SELAMAT MENCUBA

1 comment:

  1. Sedap kalau dapat buat apam balik sendiri, boleh bubuh bahan yang kita suka, lagi satu kalau buat jenis mini... yang nipis rangup itu... alahai enaknya!

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya