Wednesday, December 11, 2013

Resipi Gulai Darat Ceria (Gulai Kawah Ceria)

Resipi Gulai Darat Ceria atau dalam pemahaman orang Malaysia, ia dikenali gulai kawah. Nama asalnya gulai darat, dan hanya terdapat di Kelantan. Rempahnya juga hanya terdapat di Kelantan. Biasanya dijual di Selinsing dekat Pasir Puteh Kelantan. Harganya sepeket dalam RM1.00, berat 25 gram.
Jom cuba!

Bahan-bahannya:
500 gram-800 gram daging kambing atau lembu
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
500 ml santan
2 sudu besar cili giling
1 peket rempah gulai darat
2 sudu kerisik
1/2 kerek nissan/gula melaka
2 keping asam keping
3 sudu besar budu cap ketereh
3 genggam ubi keling (atau guna ubi kentang 3 biji)
1 biji tomato (pilihan, tak masuk pun tak apa)

Bahan rempah gulai darat
lada kering, ketumbar, jintan putih, kunyit dan adas manis

Kaedah menyediakannya:
1. Kisar atau tumbuk bawang, kunyit, lengkuas dan halia

2. Gaulkan bahan tumbuk/kisar bersama cili giling dan daging. Peram 10 minit.

3. Panaskan periuk api sederhana dengan minyak, kemudian goreng daging tadi. Apabila sudah ada tanda bau wangi....

4. Masukkan rempah gulai darat. Kemudian masukkan 1/2 cawan air. Kacau rata dan tutup periuk. Kacau setiap 5 minit. Masak selama 15 minit.

5. Kemudian tuangkan santan. Kacau daging sampai sebati kuahnya

6. Apabila sudah mendidih, masukkan nissan, budu, asam keping dan kerisik. Kacau dan tutup periuk lagi. .

7. Apabila cukup 10 minit, kemudian masukkan ubi keling yang siap direbus. Jika guna ubi kentang, ubi dimasukkan bersama nissan-kerisik tadi. Kacau rata dan tutup periuk lagi.

8. Apabila cukup 10 minit, masukkan tomato. Kalau tak nak guna tomato, langkau langkah ini. Teruskan masak sampai naik minyak atau lebih kurang 20-30 minit.

9. Dah siap gulai darat atau gulai kawanh ceria ini.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya