Sunday, December 11, 2011

Resipi Lopes Ceria

Resipi Kuih Pulut Lopes Ceria, terdapat cara pantas untuk membuatnya iaitu dengan kitar semula pulut yang telah kita masak, caranya:
1. Bentukkan bulat leper. Caranya, basahkan tangan dengan air

2. Masukkan dalam loyang bersama kelapa parut muda. Kukus sekejap sahaja dalam 10 minit dan biarkan sejuk

3. Masak gula melaka, untuk buat sosnya. Guna dua kerek gula melaka dan 1 cawan air. Simpulkan daun pandan dan campak je ke dalam

4. Tuangkan gula melaka ke atas lopes.
SELAMAT MENCUBA
Kalau nak buat yang betul punya:
Bahan-bahan
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan
sesudu kecil pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
Air gula melaka

Kaedahnya:
Cuci beras pulut dan rendam beras pulut dengan air dan masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Rendam selama 3 jam.
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
Kemudian, masukkan santan dan air pandan, kukus lagi selama 30 minit.
Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.  Ambil pulut dan tekan padat dengan plastik / daun pisang.
Biarkan sejuk
Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya