Thursday, November 6, 2014

Nasi Kabuli Palao Afghanistan Ceria (کابلي پلاو)

Nasi Kabuli Palao Ceria (کابلي پلاو)
Nasi kabuli afghani ini bukan nasi kebuli pahang atau nasi kebulu terengganu.

resipi ini saya ubahsuai mengikut citarasa Malaysia.

Bahan-bahannya:
2 cawan beras basmati
200 gram daging kisar
1 cawan susu cair
1 cawan minyak sapi
3 biji bawang merah
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1batang kayu manis
secubit cengkih
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
garam secukup rasa
air tapis (jika air kurang)
1 biji tomato didadukan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu serbuk lada hitam (jika mahu)

Cara menyediakannya
Cairkan minyak sapi dan masukkan semua jenis bawang
Masukkan rempah ratus
Masukkan daging

Masukkan susu cair. Kacau dan Perasakan dengan garam
Kemudian masukkan beras yang telah dicuci.
Masak seperti memasak Nasi. Siap untuk dihidangkan

hiasan:
hirisan lobak merah
3/4 cawan kismis
1/2 sudu teh ketumbar
1 cawan minyak masak

Caranya: Goreng semua bahan ini sehingga kekuningan. Toskan minyak.

Sedap dimakan bersama ayam tandori, daging kambing masak kuzi dan juga dihiasi dengan papadum.

Resipi asal ialah
200 ml minyak sayuran
1 bawang besar dihiris
800 g daging kambing atau biri biri dipotong 6 cm
1 tbsp bawang putih ditumbuk
2 tbsp garam
2 liter atau 8 cawan air
75 g (⅓ cawan) gula
2 tsp garam masala (atau tumbuk daun salam, cengking, pelaga dan kayu manis)
1½ tsp buah pelaga
1 kg beras basmati direndam 4 jam
250 g lobak merah dihiris
75 g kismia
75 g camouran almond dan pistachio sebagai hiasan.


1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang sehingga kekuningan. Masukkan kambing, halia dan garam dan gaul. Mati air dulu dalam 10 minit kemudian barulah masukkan air untuk mereneh selama satu jam setengah. Setelah mereneh, asingkan daging dan stok.

2. Dalam kuali lain, masak gula iaitu buat gula hangus atau karamel. Setelah berkaramel tuangkan stok daging tadi dan masukkan 1 sudu teh garam masala dan secubit buah pelaga. Didihkan dan sejukkan.

3. Tos beras yang direndam tadi kemudian tanak nasi selama 5 minit sahaja dengan air didih. Beras akan separuh masak. Tos sekalu lagi beras tersebut.

4. Masukkan beras dalam periuk dan tuangkan stok daging gula hangus tadi. Kacau rata bersama baki garam masala dan buah pelaga.

5. Dal kuali berasingan, masukkan lobak merah, gula dan kismis ke dalam kuali dan goreng sebentar sahaja sehingga berkilat dan kemudian taburkan serbuk buah pelaga atau biji ketumbar.

6. Daripada langkah 4, tuangkan langkah 5 ke atas beras bersama daging rebus tadi. Tanak nasi sehingga masak.

Sedia dimakan begitu sahaja.

Wednesday, November 5, 2014

Resipi Sos lada Hitam Ceria

1 1/2 cawan stok ayam atau daging
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega atau marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum/jagung
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :
1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan didihkannya.
2. Kemudian tapis. buang bawang. Dan didihkan semula
3. masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum atau tepung jagung untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

Friday, April 11, 2014

Resipi Kek Roti Marble Ceria

Bahan-bahannya
8 keping roti disiat-siat
2 biji telur
1 tin susu cair
2 sudu teh tepung jagung
1/2 cawan gula (ikut manis sendiri punya rasa)
1 cawan minyak masak
2 sudu besar serbuk koko

Kaedahnya:
1. Susu dan telur dipukul sekali

2. 

3. Kemudian kisar roti dengan bancuhan adunan tadi.

4. Adunan yang dikisar dibahagikan dua, satu lagi dicampurkan serbuk koko

5. Tuang selang seli atas loyang yang sudah diminyakkan

6. Macam ni lebih kurang. Pastu bakar dengan ketuhar suhu 170'C. Ikut pada kandungan liter kek. Kalau setengah liter, 30 minit. Kalau 1 liter kenalah bakar sejam. Nak tahu liter, tengok masa kisar roti tadi. Mesin pengisar (blender) ada sukatan liter

7. Dah siap, boleh hidang. Sedap dihidang panas. Tips, jangan masuk peti ais, nanti keras tak sedap.
SELAMAT MENCUBA

Thursday, April 10, 2014

Resipi Nasi Baryani Ceria

Bahan-bahannya:

1/2 kg daging direbus dengan 3 liter air sehingga daging empuk
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
1 sudu makan garam
1 sudu teh MSG (ajinomoto ke, adabi ke, ikutlah)
5-6 cawan beras basmati
2 sudu minyak sapi
1 tin susu cair
4 sudu makan serbuk baryani apa jenis jenama pun boleh
1 sudu makan mint sauce
1 helai daun pandan
3 tangkai cabai
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Kaedahnya
1. Rebus daging terlebih dahulu bersama 1/2 sudu makan garam, 1 sudu teh MSG, kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih

2. Cairkan minyak sapi

3. Tumis bawang

4. Masukkan rempah baryani 

5. Masukkan susu cair

6. Masukkan daun pandan dan sos pudina

7. Ini sos pudina keluaran tesco. Best!

8. Masukkan daging yang telah empuk. Biarkan seketika.

9. Kemudian tuangkan beras

10. Gaul rata beras

11. Akhir sekali masukkan cabai dan tutup. 

12. Tuangkan pati daging tadi sebanyak 5-6 cawan

13. Biarkan mendidih dan masak dalam keadaan tertutup. Tapi kita pindah ke periuk elektrik.

14. Biar elektrik yang menjaganya :)

15. Dah siap nasi baryani kita. Mudahkan?
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, March 19, 2014

Resipi Nasi Rusa Mandy Ceria

Bahan-bahannya:
3 cawan beras basmati
3 sudu makan minyak sapi
3-4 cawan sup rusa (resipi di http://ceria-resipi.blogspot.com/2014/03/resipi-sup-rusa-ceria.html)
2-3 cubit zafaran

Kaedah membuatnya:
1. Panaskan dan cairkan minyak sapi

2. Masukkan dan Gaulkan beras yang telah dibersihkan dalam 15 saat

3. Tuangkan air sup rusa dan beberapa ketul daging rusa. Tutup periuk sekejap dalam 10-15 minit.

4. Apabila hampir masak, masukkan zafaran dan gaulkan. Kemudian tunggu air kering dan tutup api.

5. Dah siap, boleh hidang bersama sup rusa dan daging rusa panggang
SELAMAT MENCUBA


Resipi Sup Rusa Ceria

Bahan-bahannya:
1/2 kg daging rusa
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6 biji cengkih
1 batang kayu manis
6 biji buah pelaga
1 helai daun salam (bay leave)
1/2 inci halia
1 biji bunga lawang
1 sudu serbuk lada hitam
garam dan msg secukup rasa

Kaedah membuatnya
1. Tumbuk bawang, halia dan semua bahan rempah

2. Masukkan 1 liter air dan semua bahan yang telah ditumbuk beserta daging rusa. Didih selama 30 minit

3. Perasakan dengan garam dan msg

4. Dah siap, sedap dimakan panas-panas bersama nasi atau roti
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, March 18, 2014

Resipi Rusa Panggang Ceria (Cheer Venison Roast Recipe)

Daging rusa atau di dalam english Venison, sangat lembut dan tidak rumit, ia tidak liat seperti daging lembu atau kerbau. Ianya seakan-akan daging kambing tetapi tidak berbau. Sekilo harganya RM18 frozen di Kelantan, kalau yang berburu tu, free je la dapat. Populasi rusa di Kelantan ialah di Gua Musang lebih-lebih lagi kawasan Lebir dan Gunung Rabung. Jom try!

Bahan-bahannya:
1/2 kg daging rusa
3 biji bawang putih ditumbuk
3 biji bawang merah ditumbuk
1 sudu thymes
1 sudu lada hitam
2 helai daun salam (bay leave)
1 sudu cili merah
1 sudu paprika
1 sudu oregano
1 sudu parsley
1 sudu rosemary
1 sudu basil
1 sudu tepung jagung
1 sudu kecil garam
2 sudu mentega
1/3 cawan cuka kurma/epal
Daun herba segar iaitu parsley, rosemary, thymes, pudina.

Kaedah memasaknya:
1. Hiris daun herba kecil-kecil. Kalau tak ada tak apa. Skip terus langkah dua.

2. Taburkan semua serbuk an gaulkan.

3. Kemudian letakkan dua ketul mentega dan tuangkan cuka. Peram selama 2-6 jam.
Daging rusa kurang lemak, dengan memasukkan mentega, kita akan dapat melemakkan rusa ini

4. Kemudian bakar dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 170'C. Apabila dikeluarkan ternyata berair.

5. Langkah seterusnya keringkan airnya dengan pemanggang. Kalau guna bara, oles air lebihan tadi atas daging

6. Siap dihidangkan bersama sos pudina
SELAMAT MENCUBA

Resipi Ais Krim Roti Ceria

Ais Krim roti? pernah cuba tak? biasanya dijual ditepi pantai. Jom try!

Bahan-bahannya:
Hirisan roti yang digunting
Ais krim
Serbuk badam

Kaedah membuatnya:
1. Gunting roti especially roti yang kita tak habis makan tu, area mana? biasanya area yang maklum hehehe

2. Masukkan roti dalam cawan, kemudian diikuti ais krim

3. Bahan ini mesti ada, kacang badam. Alternatif, kacang tanah tumbuk pun boleh. Tabur atas ais krim

4. Ok ready untuk makan
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, February 26, 2014

Resipi Nasi Kabsah Ayam

Nasi kabsah berasal dari Yaman dan amat digemari di negara teluk. Asas pada resipi ini ialah kayu manis, lada putih, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Ini rempah wajib, tak ada lain janji ada benda ini pun tak apa.

Asas Serbuk Rempah Kabsah
2 sudu ketumbar
Sesudu jintan manis
Sesudu jintan putih
Sesudu cengkih
Sesudu buah pelaga
Sesudu lada hitam
Sesudu Kunyit (opsyen)
Sesudu Buah Pala (opsyen)


Bahan-bahannya (6-8 orang):
Rempah Kabsah Di Atas.
2 sudu makan minyak zaitun
1 kg ayam
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih
hirisan dari kulit 1/2 biji lemon
segenggam daun ketumbar
1 biji lobak merah saiz kecil
1 biji bunga lawang
1 batang saiz kecil kayu manis
1 sudu lada putih
1 sudu lada hitam
1 helai daun salam (bay leave)
garam dan lada hitam secukup rasa
1 cawan air
3 cawan beras panjang
1/4 cawan kismis
¼ cawan badam

Kaedah memasak:

1. Tumis bawang dengan minyak sehingga naik bau. 

2. Kemudian masukkan ayam dan goreng.

3. Apabila daging mula masak keperangan, masukkan serbuk kabsah, lada hitam, lada putih, kayu manis, buah pelaga, daun salam (bay leave), dan kayu manis serta garam dan lada hitam secukup rasa. Gaulkan dalam seminit.

4. Masukkan 4 cawan air. Rebus ayam separuh masak. Lebih air sebab nak buat kuah sup dalam 3/4 cawan.

5. Kemudian tambahkan tomato, lobak merah, hirisan kulit lemon dan daun ketumbar. Biar seminit dan tutp api.

6. Tambahkan beras dan gaulkan seminit sehingga rata sehingga naik bau. Kemudian baru tambahkan air. Tapi bagi teknik menukarkan ke dalam periuk nasi, masukkan ayam dahulu, kemudian beras 

7. kemudian barulah air rebusan ayam tadi. Masak nasi selama 20 minit atau sehingga air sejat. Pastikan sebaik sahaja air sejat baru tutup api/elektrik, bukan apa.. nanti hangit.
Bila air dah kering, padamkan api dan perasakan dengan jus oren/lemon. Tutup periuk sekejap supaya jus lemon.oren tadi meresap dalam 5 minit.
 
8. Akhir sekali, hiaskan dengan papadam, serunding daging, badam dan kismis.
Selamat mencuba

Resipi masakan singgah di sini selalu ya