Monday, January 20, 2014

Resipi Kek Pisang Coklat Ceria

Resipi Kek Pisang Coklat Ceria yang rangup diluar, lembut di dalamnya patut dicuba jika ada pisang. Pisang tak kira pisang apa, pisang tanduk pun boleh, cuma kena lecek habislah. Dalam resipi ini, boleh dijadikan kek muffin atau kek pisang biasa. Jom cuba!

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
5 sudu gula
2 sudu makan susu tepung
secubit garam
3 biji telur ayam
1 cawan minyak masak/canola/mentega yang dicairkan
3-6 biji pisang yang telah masak (ikut saiz)
3 sudu makan serbuk koko

Kaedahnya:
1. Satukan dan gaulkan tepung gandum, serbuk penaik. soda bikarbonat dan susu tepung, kemudian pecahkan telur

2. Gaulkan telur bersama gula dan garam

3. Tuangkan minyak, gaul sampai sebati.

4. Kemudian masukkan pisang yang dilenyek. Gaul sampai sebati

5. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian digaulkan dengan serbuk koko

6. Tuangkan ke dalam muffin cup atau loyang jika hendak buat kek. Tuang selang seli atau ikut kreativiti masing-masing. Bakar muffin dengan suhu 175'C selama 20 minit atau jika buat kek, dalam 35-40 minit.

9. Siap dihidangkan panas atau untuk sarapan pogi yang menyihatkan
SELAMAT MENCUBA

Saturday, January 18, 2014

Resipi Jantung Pisang Masak Kari Ceria

Jantung pisang masak kari merupakan makanan eksotik pantai timur. Di sini disertakan langkah-langkah untuk membuang rasa pahit pada jantung pisang. Cara yang mudah ialah menggunakan cuka jika belimbing buluh tidak dapat dicari.

Bahan-bahannya:
1 biji jantung pisang saiz besar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 paket serbuk kari saiz mini adabi
2-3 biji telur ayam
1/2 cawan cuka beras (cuka buatan pun boleh, cuma beracun je)
1 keping asam keping
garam dan msg secukup rasa
minyak sapi untuk tumis atau minyak zaitun pun boleh, minyak sawit lagilah boleh!

Kaedah membuatnya:
1. Ini langkah-langkah membersihkan jantung pisang dan membuang pahit jantung pisang dengan cara mudah. Mula-mula kupas anak pisang, kemudian gambar kedua pula buangkan jarumnya. Jarum ini orang tak makan ya, kita makan bunganya sahaja. Buat langkah ini sehingga nampak putih jantung pisang.

2. Ok seterusnya, potong jantung pisang, rendam jantung dan bunganya dengan air cuka. Saya guna cuka beras. Rendam dalam setengah jam. Kemudian perahkan, dan didihkan semua sekali dalam 10 minit. Air rebusan akan bertukar menjadi biru kehitaman.

3. Ini langkah terakhir, setelah dibuangkan air, tunggu sejuk sekejap kemudian perah jantung pisang dan bunganya macam perah baju. Ok dah siap!

4. Tumiskan bawang dan kunyit sampai naik bau.

5. Masukkan kari yang telah dicairkan, kacau sampai naik bau.

6. Masukkan jantung pisang yang telah dicuci tadi.

7. Perasakan dengan garam, msg dan asam keping.

8. Kemudian masukkan telur, tak perlu kacau yang kuning tu ya. 

9. Alhamdulillah, dah siap lauk kita yang eksotik ini.
Ingat, ikut langkah mencuci jantung pisang ini atau anda terpaksa buang lauk ini kerana pahit.
SELAMAT MENCUBA

Friday, January 17, 2014

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ceria

Bahan-bahannya:
1 cawan ubi kayu yang siap diparut
1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula

Kaedah penghasilannya:
1. Gaulkan parutan ubi kayu bersama santan, gula dan garam

2. Masukkan tepung gandum yang siap digaul dengan soda bikarbonat

3. Tuang ke atas kuali leper dan masak macam masak lempeng

4. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan sambal ikan bilis
SELAMAT MENCUBA

Thursday, January 16, 2014

Resipi Bubur Delima Ubi Kayu Ceria

Bahan-bahannya:
Doh
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air tapis
1 sudu teh ekstrak sirap ros

Kuah:
1 paket santan (200ml)
1/2 cawan air tapis
1 1/2 kerek nissan (gula melaka)
1 sudu teh halba
2 ikat daun pandan
garam secukup rasa

Kaedah penghasilannya:
1. Uli semua bahan, air tu sukat-sukatlah. 

2. Kemudian sirap ekstrak sirap ros jenama masjid ke, ikutlah asalkan yang jenis all-school punya hehe. Kemudian uli sampai doh bertukar warna merah
Kalau tak ada, boleh ganti dengan esen ros campur pewarna merah

3. Gentel bulat atau bujur atau leper atau ikut dan

4. Kemudian campak semua ke dalam periuk air yang sedang mendidih. Tanda masak ialah, biji delima ini timbul belaka ke permukaan.

5. Angkat dan sejukkan sebentar

6. Sementara itu kita sediakan kuahnya pula.

7. Didihkan semua bahan kuah dengan api sederhana

8. Kemudian masukkan biji delima tadi. Tutup api

9. Boleh dihidang panas atau sejuk
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, January 15, 2014

Resipi Goreng Pisang Tanduk Ceria

Kalau nak buat bancuhan tepung goreng pisang sendiri, nisbah tepung gandum dengan tepung beras sama ada 1:2 atau 1:3. Dalam resipi ini, saya guna nisbah 1:2. Jom cuba

Bahan-bahannya:
6-7 batang pisang tanduk
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
3 sudu makan tepung gandum
6 sudu makan tepung beras (bukan pulut ya)
1/2 cawan air tapis
1 biji telur ayam
secubit serbuk kunyit (pilihan anda)

Kaedah penghasilannya:
1. Gaulkan semua bahan di atas, pukul sampai sebati

2. Masukkan pisang yang telah dihiris

3. Goreng pisang dengan cara tenggelam atau separuh tenggelam

4. Angakt setelah keemasan.
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, January 1, 2014

Seni Membentuk Roti

Sempena tahun baru 2014 ini, mari kita belajar asas seni membentuk roti, kali ini saya ajar tiga cara, dan mungkin dengan percubaan pertama kelak, kita mampu menjadi seorang usahawan roti setanding billionwan Melayu, Syed Bukhari iaitu bagi produk roti Gardenia miliknya. Jom tinjau TIGA SENI membentuk roti ciptaan saya.

Roti Sosej  Mekar Berkembang
1. Canai roti, letakkan sosej di tengahnya

2. Potong sosej setelah menggulingkannya dengan doh

3. Seterusnya lipat bersilang seperti ini

4. Siap untuk dibakar dengan suhu 170'C selama 20-30 minit. Hiasan? Mayonis dan sos cili

Roti Simpul
1. Gulung tiga doh memanjang dan letakkan seperti ini

2. Simpul doh seperti simpul rambut. Hiasan? Sapukan hanya susu segar atau taburkan gula atau cip coklat

Roti Bulan Retak
1. Canai doh sehingga menjadi segi tiga

2. Taburkan milo/coklat cip/jem buah-buahan di tengahnya dan potong doh bergaris di tengah seperti di dalam gambar

3. Gulung dari bawah ke atas. 

4. Inilah hasilnya apabila dibakar bersama.
SELAMAT MENCUBA

Resipi masakan singgah di sini selalu ya