Saturday, January 18, 2014

Resipi Jantung Pisang Masak Kari Ceria

Jantung pisang masak kari merupakan makanan eksotik pantai timur. Di sini disertakan langkah-langkah untuk membuang rasa pahit pada jantung pisang. Cara yang mudah ialah menggunakan cuka jika belimbing buluh tidak dapat dicari.

Bahan-bahannya:
1 biji jantung pisang saiz besar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 paket serbuk kari saiz mini adabi
2-3 biji telur ayam
1/2 cawan cuka beras (cuka buatan pun boleh, cuma beracun je)
1 keping asam keping
garam dan msg secukup rasa
minyak sapi untuk tumis atau minyak zaitun pun boleh, minyak sawit lagilah boleh!

Kaedah membuatnya:
1. Ini langkah-langkah membersihkan jantung pisang dan membuang pahit jantung pisang dengan cara mudah. Mula-mula kupas anak pisang, kemudian gambar kedua pula buangkan jarumnya. Jarum ini orang tak makan ya, kita makan bunganya sahaja. Buat langkah ini sehingga nampak putih jantung pisang.

2. Ok seterusnya, potong jantung pisang, rendam jantung dan bunganya dengan air cuka. Saya guna cuka beras. Rendam dalam setengah jam. Kemudian perahkan, dan didihkan semua sekali dalam 10 minit. Air rebusan akan bertukar menjadi biru kehitaman.

3. Ini langkah terakhir, setelah dibuangkan air, tunggu sejuk sekejap kemudian perah jantung pisang dan bunganya macam perah baju. Ok dah siap!

4. Tumiskan bawang dan kunyit sampai naik bau.

5. Masukkan kari yang telah dicairkan, kacau sampai naik bau.

6. Masukkan jantung pisang yang telah dicuci tadi.

7. Perasakan dengan garam, msg dan asam keping.

8. Kemudian masukkan telur, tak perlu kacau yang kuning tu ya. 

9. Alhamdulillah, dah siap lauk kita yang eksotik ini.
Ingat, ikut langkah mencuci jantung pisang ini atau anda terpaksa buang lauk ini kerana pahit.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya