Wednesday, February 26, 2014

Resipi Nasi Kabsah Ayam

Nasi kabsah berasal dari Yaman dan amat digemari di negara teluk. Asas pada resipi ini ialah kayu manis, lada putih, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Ini rempah wajib, tak ada lain janji ada benda ini pun tak apa.

Asas Serbuk Rempah Kabsah
2 sudu ketumbar
Sesudu jintan manis
Sesudu jintan putih
Sesudu cengkih
Sesudu buah pelaga
Sesudu lada hitam
Sesudu Kunyit (opsyen)
Sesudu Buah Pala (opsyen)


Bahan-bahannya (6-8 orang):
Rempah Kabsah Di Atas.
2 sudu makan minyak zaitun
1 kg ayam
1 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih
hirisan dari kulit 1/2 biji lemon
segenggam daun ketumbar
1 biji lobak merah saiz kecil
1 biji bunga lawang
1 batang saiz kecil kayu manis
1 sudu lada putih
1 sudu lada hitam
1 helai daun salam (bay leave)
garam dan lada hitam secukup rasa
1 cawan air
3 cawan beras panjang
1/4 cawan kismis
¼ cawan badam

Kaedah memasak:

1. Tumis bawang dengan minyak sehingga naik bau. 

2. Kemudian masukkan ayam dan goreng.

3. Apabila daging mula masak keperangan, masukkan serbuk kabsah, lada hitam, lada putih, kayu manis, buah pelaga, daun salam (bay leave), dan kayu manis serta garam dan lada hitam secukup rasa. Gaulkan dalam seminit.

4. Masukkan 4 cawan air. Rebus ayam separuh masak. Lebih air sebab nak buat kuah sup dalam 3/4 cawan.

5. Kemudian tambahkan tomato, lobak merah, hirisan kulit lemon dan daun ketumbar. Biar seminit dan tutp api.

6. Tambahkan beras dan gaulkan seminit sehingga rata sehingga naik bau. Kemudian baru tambahkan air. Tapi bagi teknik menukarkan ke dalam periuk nasi, masukkan ayam dahulu, kemudian beras 

7. kemudian barulah air rebusan ayam tadi. Masak nasi selama 20 minit atau sehingga air sejat. Pastikan sebaik sahaja air sejat baru tutup api/elektrik, bukan apa.. nanti hangit.
Bila air dah kering, padamkan api dan perasakan dengan jus oren/lemon. Tutup periuk sekejap supaya jus lemon.oren tadi meresap dalam 5 minit.
 
8. Akhir sekali, hiaskan dengan papadam, serunding daging, badam dan kismis.
Selamat mencuba

Tuesday, February 11, 2014

Resipi Nasi Itik Ceria

Bahan-bahannya:
1 kg daging itik
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan paprika atau serbuk lada merah
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan rosemary
2 sudu makan italian herbs (thymes, oregano, basil, sage, savory)
3 sudu makan madu lebah asli
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan cuka buah (kurma/epal/beras)
1 sudu makan kicap masin

Untuk nasi
3-5 cawan
3 ulas bawang putih saiz besar
1 inci halia
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan serbuk rempah darat (ground spices yang terdiri dari halia, buah pala, bunga lawang, cengkih dan kayu manis)
4-6 cawan air stok ayam (guna kiub stok ayam pun boleh, 2 ketul)
garam dan perasa msg secukupnya

1. Gaulkan semua rempah

2. Kemudian masukkan itik dan peram 1 jam atau lebih. Lagi lama lagi best

3. Kemudian panggang dengan bara atau periuk ajaib selama 30 minit atau hingga masak (bukan promosi ya, tak jual pun. Nak beli cap ayam pun boleh)

4. Sementara itu, tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak sapi

5. Kemudian masukkan beras yang siap dibasuh. Goreng dalam 10 saat je.

6. Pindahkan ke dalam periuk nasi dan tambahkan air. Tanak nasi macam biasa.

7. Akhirnya siaplah resipi yang menyelerakan ini. Anak saya umur 8 tahun makan sampai tambah 2 kali.
SELAMAT MENCUBA

Sunday, February 9, 2014

Resipi Kek Coklat Lapis Mousse

Resipi Kek Coklat Lapis Mousse mungkin sehebat Kek Chocolate Indulgence di secret recipe. Jom cuba!

Bahan-bahannya:

Kek Coklat
30gm Serbuk Koko (Larutkan Dgn 120ml Air Suam)
4 Biji Kuning Telur (Telur Diasing Putih Dan Kuning)
250 gram Gula Kastor (atau kurang lagi untuk kurang manis)
375 gram Tepung Naik Sendiri
1 sudu makan Baking Powder
1 sudu makan Soda Bikarbonat
60ml Mentega (Dicairkan)/Minyak Jagung
1 sudu makan Esen Vanila
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan cuka buah
200 ml minyak jagung/mentega yang dicairkan/canola/sawit (jika adunan kental, tambahkan lagi minyak masak)

Mousse
300 gram coklat masakan hitam
1 1/2 sudu teh vanilla
3 sudu makan gula aising
300ml whipping cream
1 sudu teh cuka buah
1 sudu makan gelatin
3 sudu makan air didih
**kalau nak buat hitam satu, putih satu, setiap bahagian mesti dibahagi dua

Coklat Ganache
200 gram coklat masakan hitam
2 sudu makan mentega

Kaedahnya:
1. Gaulkan serbuk koko, tepung gandung, soda bikarbonat, serbuk penaik dalam satu bekas. Gaul rata.

2. Kemudian pukul putih telur bersama gula aising sampai kembang

3. Kemudian masukkan kuning telur, vanila, garam dan cuka. Pukul sebentar sahaja

4. Kemudian tuangkan adunan tepung ke dalam telur yang siap dipukul dan tuangkan minyak. Pukul sampai tak berketul lagi

5. Minyakkan loyang, tuang adunan dan bakar ke dalam ketuhar dengan suhu 175'C. Kalau pandai potong, bakar hanya sekali sahaja selama sejam. Kita buat dua loyang, bahagi dua so bakarnya 30 minit sahaja setiap satu loyang. Dah siap, sejukkan atas relai sebelum masuk dalam peti ais selama 1 jam

6. Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, buatkan mousse. Didih kembar coklat masakan.

7. Dalam cup lain, kacau gelatin bersama air panas, kemudian tuangkan cuka buah.

8. Masukkan ke dalam coklat masakan yang sedang dimasak tadi. Kacau sampai adunan lembut dan cair

9. Dengan mixer yang bersih, pukul whipping cream sampai ringan selama 1 minit kelajuan sederhana.

10. Kemudian masukkan gula aising dan vanila. Pukul lagi selama 3-5 minit dengan kelajuan tinggi.

11. Coklat masakan disejukkan sebentar di atas air sejuk. (Tips: jangan tuangkan coklat yang sedang panas ke dalam whipping cream)

12. Setelah sejuk, tuang ke dalam whipping cream tadi

13. Kaup balik adunan tadi. Lupa nak beritahu, kita tak buat coklat putih, jadi kalau buat coklat mousse putih, bahagian whipping cream kepada dua bahagian.

14. Sampai sebati dan sejukkan sebentar dalam peti ais

15. Kek yang telah sejuk tadi, dimasukkan ke dalam loyang dan di alas dengan plastik. Kalau ada loyang loose base, sila guna ya. Ini teknik bagi yang tak ada loyang tu

16. Tuangkan mousse kita. Ratakan. Kemudian tutup dengan kek, tuangkan lagi. 

17. Maknanya kek kita ada tiga lapis, mouse dua lapis. Tutup kek dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk. Elakkan masuk dalam tempat sejuk beku kerana ini akan merosakkan rasa kek anda walaupun mousse jadi lebih sedap. Sejukkan selama 3 jam.

18. Ini pula cara buat coklat ganache. Masing-masing punya stail, ada yang bubuh telur. Kita tak bubuh. Hanya coklat masakan dan mentega sahaja

19. Kemudian coklat ganache dituangkan ke atas kek

20. Taburkan kek dengan badam dan sejukkan dalam 1 jam

21. Ok dah siap kek kita, boleh makan ya. Kek ini dibuat sempena hari jadi kita.
SELAMAT MENCUBA


Resipi masakan singgah di sini selalu ya