Sunday, February 9, 2014

Resipi Kek Coklat Lapis Mousse

Resipi Kek Coklat Lapis Mousse mungkin sehebat Kek Chocolate Indulgence di secret recipe. Jom cuba!

Bahan-bahannya:

Kek Coklat
30gm Serbuk Koko (Larutkan Dgn 120ml Air Suam)
4 Biji Kuning Telur (Telur Diasing Putih Dan Kuning)
250 gram Gula Kastor (atau kurang lagi untuk kurang manis)
375 gram Tepung Naik Sendiri
1 sudu makan Baking Powder
1 sudu makan Soda Bikarbonat
60ml Mentega (Dicairkan)/Minyak Jagung
1 sudu makan Esen Vanila
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan cuka buah
200 ml minyak jagung/mentega yang dicairkan/canola/sawit (jika adunan kental, tambahkan lagi minyak masak)

Mousse
300 gram coklat masakan hitam
1 1/2 sudu teh vanilla
3 sudu makan gula aising
300ml whipping cream
1 sudu teh cuka buah
1 sudu makan gelatin
3 sudu makan air didih
**kalau nak buat hitam satu, putih satu, setiap bahagian mesti dibahagi dua

Coklat Ganache
200 gram coklat masakan hitam
2 sudu makan mentega

Kaedahnya:
1. Gaulkan serbuk koko, tepung gandung, soda bikarbonat, serbuk penaik dalam satu bekas. Gaul rata.

2. Kemudian pukul putih telur bersama gula aising sampai kembang

3. Kemudian masukkan kuning telur, vanila, garam dan cuka. Pukul sebentar sahaja

4. Kemudian tuangkan adunan tepung ke dalam telur yang siap dipukul dan tuangkan minyak. Pukul sampai tak berketul lagi

5. Minyakkan loyang, tuang adunan dan bakar ke dalam ketuhar dengan suhu 175'C. Kalau pandai potong, bakar hanya sekali sahaja selama sejam. Kita buat dua loyang, bahagi dua so bakarnya 30 minit sahaja setiap satu loyang. Dah siap, sejukkan atas relai sebelum masuk dalam peti ais selama 1 jam

6. Sementara menunggu kek sejuk sepenuhnya, buatkan mousse. Didih kembar coklat masakan.

7. Dalam cup lain, kacau gelatin bersama air panas, kemudian tuangkan cuka buah.

8. Masukkan ke dalam coklat masakan yang sedang dimasak tadi. Kacau sampai adunan lembut dan cair

9. Dengan mixer yang bersih, pukul whipping cream sampai ringan selama 1 minit kelajuan sederhana.

10. Kemudian masukkan gula aising dan vanila. Pukul lagi selama 3-5 minit dengan kelajuan tinggi.

11. Coklat masakan disejukkan sebentar di atas air sejuk. (Tips: jangan tuangkan coklat yang sedang panas ke dalam whipping cream)

12. Setelah sejuk, tuang ke dalam whipping cream tadi

13. Kaup balik adunan tadi. Lupa nak beritahu, kita tak buat coklat putih, jadi kalau buat coklat mousse putih, bahagian whipping cream kepada dua bahagian.

14. Sampai sebati dan sejukkan sebentar dalam peti ais

15. Kek yang telah sejuk tadi, dimasukkan ke dalam loyang dan di alas dengan plastik. Kalau ada loyang loose base, sila guna ya. Ini teknik bagi yang tak ada loyang tu

16. Tuangkan mousse kita. Ratakan. Kemudian tutup dengan kek, tuangkan lagi. 

17. Maknanya kek kita ada tiga lapis, mouse dua lapis. Tutup kek dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk. Elakkan masuk dalam tempat sejuk beku kerana ini akan merosakkan rasa kek anda walaupun mousse jadi lebih sedap. Sejukkan selama 3 jam.

18. Ini pula cara buat coklat ganache. Masing-masing punya stail, ada yang bubuh telur. Kita tak bubuh. Hanya coklat masakan dan mentega sahaja

19. Kemudian coklat ganache dituangkan ke atas kek

20. Taburkan kek dengan badam dan sejukkan dalam 1 jam

21. Ok dah siap kek kita, boleh makan ya. Kek ini dibuat sempena hari jadi kita.
SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya