Thursday, April 10, 2014

Resipi Nasi Baryani Ceria

Bahan-bahannya:

1/2 kg daging direbus dengan 3 liter air sehingga daging empuk
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
1 sudu makan garam
1 sudu teh MSG (ajinomoto ke, adabi ke, ikutlah)
5-6 cawan beras basmati
2 sudu minyak sapi
1 tin susu cair
4 sudu makan serbuk baryani apa jenis jenama pun boleh
1 sudu makan mint sauce
1 helai daun pandan
3 tangkai cabai
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Kaedahnya
1. Rebus daging terlebih dahulu bersama 1/2 sudu makan garam, 1 sudu teh MSG, kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih

2. Cairkan minyak sapi

3. Tumis bawang

4. Masukkan rempah baryani 

5. Masukkan susu cair

6. Masukkan daun pandan dan sos pudina

7. Ini sos pudina keluaran tesco. Best!

8. Masukkan daging yang telah empuk. Biarkan seketika.

9. Kemudian tuangkan beras

10. Gaul rata beras

11. Akhir sekali masukkan cabai dan tutup. 

12. Tuangkan pati daging tadi sebanyak 5-6 cawan

13. Biarkan mendidih dan masak dalam keadaan tertutup. Tapi kita pindah ke periuk elektrik.

14. Biar elektrik yang menjaganya :)

15. Dah siap nasi baryani kita. Mudahkan?
SELAMAT MENCUBA

2 comments:

  1. Mudah je buat nasi beriani..tak pernah cuba pulak sebelum ni..terima kasih atas perkongsian ;-)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Nampak sedap dan mudah. Mohon share ya.

    ReplyDelete

Resipi masakan singgah di sini selalu ya