Thursday, November 6, 2014

Nasi Kabuli Palao Afghanistan Ceria (کابلي پلاو)

Nasi Kabuli Palao Ceria (کابلي پلاو)
Nasi kabuli afghani ini bukan nasi kebuli pahang atau nasi kebulu terengganu.

resipi ini saya ubahsuai mengikut citarasa Malaysia.

Bahan-bahannya:
2 cawan beras basmati
200 gram daging kisar
1 cawan susu cair
1 cawan minyak sapi
3 biji bawang merah
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1batang kayu manis
secubit cengkih
1 biji bunga lawang
1 biji buah pelaga
garam secukup rasa
air tapis (jika air kurang)
1 biji tomato didadukan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu serbuk lada hitam (jika mahu)

Cara menyediakannya
Cairkan minyak sapi dan masukkan semua jenis bawang
Masukkan rempah ratus
Masukkan daging

Masukkan susu cair. Kacau dan Perasakan dengan garam
Kemudian masukkan beras yang telah dicuci.
Masak seperti memasak Nasi. Siap untuk dihidangkan

hiasan:
hirisan lobak merah
3/4 cawan kismis
1/2 sudu teh ketumbar
1 cawan minyak masak

Caranya: Goreng semua bahan ini sehingga kekuningan. Toskan minyak.

Sedap dimakan bersama ayam tandori, daging kambing masak kuzi dan juga dihiasi dengan papadum.

Resipi asal ialah
200 ml minyak sayuran
1 bawang besar dihiris
800 g daging kambing atau biri biri dipotong 6 cm
1 tbsp bawang putih ditumbuk
2 tbsp garam
2 liter atau 8 cawan air
75 g (⅓ cawan) gula
2 tsp garam masala (atau tumbuk daun salam, cengking, pelaga dan kayu manis)
1½ tsp buah pelaga
1 kg beras basmati direndam 4 jam
250 g lobak merah dihiris
75 g kismia
75 g camouran almond dan pistachio sebagai hiasan.


1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang sehingga kekuningan. Masukkan kambing, halia dan garam dan gaul. Mati air dulu dalam 10 minit kemudian barulah masukkan air untuk mereneh selama satu jam setengah. Setelah mereneh, asingkan daging dan stok.

2. Dalam kuali lain, masak gula iaitu buat gula hangus atau karamel. Setelah berkaramel tuangkan stok daging tadi dan masukkan 1 sudu teh garam masala dan secubit buah pelaga. Didihkan dan sejukkan.

3. Tos beras yang direndam tadi kemudian tanak nasi selama 5 minit sahaja dengan air didih. Beras akan separuh masak. Tos sekalu lagi beras tersebut.

4. Masukkan beras dalam periuk dan tuangkan stok daging gula hangus tadi. Kacau rata bersama baki garam masala dan buah pelaga.

5. Dal kuali berasingan, masukkan lobak merah, gula dan kismis ke dalam kuali dan goreng sebentar sahaja sehingga berkilat dan kemudian taburkan serbuk buah pelaga atau biji ketumbar.

6. Daripada langkah 4, tuangkan langkah 5 ke atas beras bersama daging rebus tadi. Tanak nasi sehingga masak.

Sedia dimakan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya