Sunday, May 28, 2017

Resepi Sos Lada Hitam Ceria

Nak resepi paling dirahsiakan tak?
Sos lada hitam (blackpepper sauce) ceria akan berkongsi rahsia ini.
Cuba dulu kemudian komen di sini ya!

Bahan bahannya
Buat roux dulu iaitu ditumis...
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang belanda
Dengan sesudu mentega.

 Bila naik bau, masukkan Sesudu tepung gandum


Ini semua ditumis menjadi ROUX macam nak buat sos bishamil (bechamel).
Kalau sos bishamil, kita masuk daun salam kemudian susu. 
Tapi, sos lada hitam cuma guna roux dan teruskan langkah seterusnya...


Masukkan sebiji cendawan straw (straw mushroom) yang dihiris dan

Dua sudu serbuk lada hitam.

Tuangkan air secawan. Didihkan.

Masukkan seketul kiub DAGING jenama knorr. 

Tuangkan 3 sudu kicap pekat manis (jenama kipas udang sangat disyorkan). 

Tuangkan secawan susu segar atau bancuh secawan air dengan susu tepung dua sudu. Ini alternatif kepada susu berat (heavy cream). Jangan guna krimer sejat. Susu sejat dibolehkan.


Biarkan mendidih. Kemudian kisar halus dengan pengisar.


Masukkan bancuhan sesudu tepung jagung dalam 1/3 cawan air.

Gaulkan dengan mesin pemutar. 
Ini langkah penting untuk mengeluarkan kepedasan lada hitam 
serta sebatinya tepung jagung tadi.




Siap dihidang dan dituang ke atas ayam, daging, kambing, ikan, roti dan kentang goreng atau dimakan begitu sahaja.
Cubalah!

versi video? 1 minit sahaja. Terima kasih admin abang matno kerana muat naik video ini

No comments:

Post a Comment

Resipi masakan singgah di sini selalu ya